Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli-ahli Bersekutu pagi tadi di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sumbangan berjumlah B$4,180.00 disampaikan oleh YM Pengiran Datin Hajah Salwana binti Pengiran Haji Ibrahim selaku wakil Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli-ahli Bersekutu. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli kumpulan.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, pegawai-pegawai daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli daripada agensi berkenaan.