Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama pelbagai pihak
yang berkepentingan telah menganjurkan Program Kembara Amal Ramadan secara
serentak di keempat- empat daerah bagi tahun 1445H/2024M bagi menyampaikan
sumbangan berupa barang keperluan asas kepada 17 buah keluarga daripada
golongan susah yang tersenarai di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
termasuklah penerima bantuan kebajikan bulanan, anak yatim, warga emas dan Orang
Kelainan Upaya (OKU).
Bagi Daerah Tutong, rombongan kembara ramadan diketuai ialah YM Hajah
Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan)
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sebanyak 5 buah rumah dikunjungi yang dimulai dari Kampung Bukit
Beruang, Kampung Serambangun, Kampung Luagan Dudok, Kampung
Bakiau Kiudang dan Kampung Kupang.
Turut menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji
Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai, Daerah Tutong, YM Dayang Fauziah
binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan
Masyarakat, pegawai-pegawai kanan daripada sektor kemasyarakatan di
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pegawai daripada Jabatan
Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan ketua-ketua kampung yang
berkenaan.
Sementara kembara amal ramadan di Daerah Belait diketuai oleh YM Awang Haji
Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan.
Sebanyak 4 buah rumah telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan
tersebut yang dimulakan dari Kampung Sungai Teraban, STKRJ Mumong ‘A’,
Jalan Keruak, RPN Panaga, Seria dan Jalan Nakhoda Manis, Seria.
Turut menyertai rombongan ialah pegawai-pegawai kanan daripada sektor
kebeliaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan
Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan ketua-ketua kampung yang
berkenaan.
Di Daerah Temburong pula, sebanyak ke 4 buah rumah telah dikunjungi yang
diketuai oleh YM Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan,
Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Kembara bermula dari dua buah rumah di Kampung Perpindahan Rataie dan
diteruskan ke Kampung Sungai Tanit dan Kampung Labu Estate.
Turut menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji
Nasir, Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau, Daerah Temburong,
pegawai-pegawai kanan daripada sektor kebudayaan, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan
ketua-ketua kampung yang berkenaan.
Rombongan di Daerah Brunei Muara pula diketuai oleh YM Dr Siti Norkhalbi binti
Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan).
Kembara ke 4 buah rumah bermula dari Jalan Limau Manis, Kampung
Pengkalan Batu, Kampung Lumapas B, Kampung Perpindahan Lambak Kanan
dan Kampung Pulaie.
Turut menyertai rombongan ialah Yang Berhormat Awang Zainol bin Mohamed,
Ketua Kampung Putat, Daerah Brunei dan Muara, pegawai-pegawai kanan
daripada sektor kesukanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan
Jabatan Pembangunan Masyarakat serta penghulu dan ketua-ketua kampung
yang berkenaan.
Penerima-penerima sumbangan tersebut adalah terdiri daripada golongan yang
menerima Bantuan Kebajikan Bulanan, Elaun Kurang Upaya, Pencen Umur Tua, dan
Anak-anak Yatim.
Program ini merupakan program tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
untuk memperkukuhkan ikatan di antara pihak kerajaan dan masyarakat yang
memerlukan. Diharapkan pemberian ini dapat meringankan beban orang-orang susah
selain untuk memberikan kegembiraan kepada mereka dalam sama-sama menyambut
Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dengan penuh keriangan dan kesyukuran.