Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan daripada Kementerian
Pertahanan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di
bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.
Sumbangan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu
Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang berjumlah Tujuh
Puluh Lapan Ribu Dua Ratus dan Tiga Ringgit (BND 78,203.00).
Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada pegawai dan kakitangan
Kementerian Pertahanan.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Mejar Jeneral Dato
Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari,
Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, YM
Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha
Tetap Kementerian Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.