Seramai 12 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong
Setia B dan rumah roboh Kampong Peramu yang berlaku pada 11 Mei 2024 telah
menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan
Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis
berlangsung di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.
Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami
oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini
menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan
penduduk yang mengalami musibah.