Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama
dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat-penasihat Bersama Tabung
Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah menerima sumbangan daripada
Jabatan Perdana Menteri bagi tabung berkenaan bertempat di bangunan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.
Sumbangan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu
Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang berjumlah Dua
Puluh Empat Ribu Lapan Ratus Tujuh Puluh Satu Ringgit dan Lima Sen (BND
24,871.05).
Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada pegawai dan kakitangan Jabatan
Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Dayang Hajah
Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, YM Awang Ajman bin Haji Meludin, Setiausaha Tetap
(Urustadbir Perkhidmatan Awam) Jabatan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai
kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.