Seramai 60 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran dan tanah
susur telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan
Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di
Bilik Hijau, Stadium Negara Hasanal Bolkiah.
Seramai sepuluh (10) orang ketua keluarga daripada enam puluh (60) yang menerima bantuan
kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran, satu (1) ketua
keluarga terlibat dalam kejadian tanah susur dan empat puluh sembilan (49) ketua keluarga
terlibat dalam kejadian banjir. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam
kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang
Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh
mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan
keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami
musibah.