Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

ACARA KEMUNCAK HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2024

IMG_6913.jpg

Sebagai sebahagian daripada sambutan global Hari Kanak-kanak Sedunia 2024, Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, agensi swasta dan persatuan-persatuan bukan kerajaan mengajurkan Bengkel Voices of Children bertajuk "Memperkasa Kanak-kanak untuk Turut Serta: Hak Kanak-kanak dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)".

Bengkel tersebut diadakan di Dewan Digadong, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YM Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md Daud, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan diteruskan dengan persembahan tarian tradisi "Adai-adai" dari pelajar-pelajar Sekolah Rendah Perpindahan Bukit Beruang II dan persembahan koir "Generasi Berwawasan" dari pelajar-pelajar Sekolah Rendah Ratna Haji Mohammad Jaafar, Kiarong.​

IMG_7244.jpg

Bengkel ini dikendalikan oleh YM Nurul Hadina binti Haji Alias dari My Actionfor SDGs selaku fasilitator utama. Dalam usaha memperkukuhkan perbincangan dan perkongsian ilmu, dua orang penyampai telah dijemput untuk memberikan taklimat dan membincangkan topik-topik yang berkaitan.

​YM Awang Muhammad Adi Safwan bin Haji Dullah, Pegawai Tugas-Tugas Khas dari Pejabat Wawasan Brunei, mengongsikan tentang Wawasan Brunei Darussalam 2035 dengan tumpuan khusus penyepaduan kepada 17 matlamat pembangunan mampan Sustainable Development Goals (SDGs). Beliau menekankan kepentingannya dalam membimbing kemajuan negara ke arah masa depan yang mampan dan inklusif.

YM Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid, Pesuruhjaya Brunei Darussalam ke ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (Hal Ehwal Kanak-kanak) menerangkan mengenai prinsip teras Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak. Beliau juga menekankan bagaimana prinsip ini sejajar dan menyokong matlamat pembangunan mampan​, memastikan perlindungan dan memperkasakan kanak-kanak penting  untuk mencapai SDG.

Bengkel dihadiri oleh 60 orang pelajar dari Tahun 9 dan 10 dari sembilan buah sekolah. Sekolah sekolah tersebut ialah Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Ma'had Islam Brunei, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Sekolah Menengah Jamalul Alam dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain Jerudong. Tujuan bengkel ini adalah mendidik peserta mengenai hak kanak-kanak dan SDG, memberikan inspirasi kepada empati, menggalakan advokasi dan tindakan, memupuk kerjasama dan kreativiti, serta meraikan kejayaan untuk memacu perubahan yang bermakna dalam komuniti.

IMG_7277.jpg

IMG_7341.jpg

Bengkel ini dipecahkan kepada 7 kumpulan dan dirumuskan seperti berikut;

​Kumpulan 1 (Good Health and Well-Being) mengongsikan beberapa strategi bagi menangani isu kesihatan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Brunei, seperti mengadakan kempen, kumpulan sokongan dan aplikasi.

Kumpulan 2 (Gender Equality) mengongsikan mengenai cara  untuk menangani isu Wanita dengan menggunakan media sosial dan poster serta ceramah di sekolah dan organisasi.

Kumpulan 3 (Quality Education) mengongsikan mengenai bagaimana untuk menangani kekurangan pendidikan dalam bidang perubatan dengan strategi menggunakan teknik pengajaran yang lebih efisyen dan menyediakan pembangunan professional yang berterusan untuk semua pendidik perubatan.

Kumpulan 4 (Reduced Inequalities) mengongsikan strategi yang boleh memberikan hasil yang positif terhadap perubahan tingkah laku kepada masyarakat untuk mencapai matlamat bagi menyokong pengurangan ketidaksamaan.

Kumpulan 5 (Climate Action) mengongsikan mengenai kepentingan untuk meningkatkan kesedaran perubahan iklim melalui media sosial dan juga penanaman pokok.

Kumpulan 6 (Peace, Justice, and Strong Institutions) memfokuskan mengurangkan terjadinya keganasan di sekolah dan konflik remaja dengan memperbanyakkan jumlah pelatih bagi program pembangunan masyarakat.

Kumpulan 7 (Partnership for the Goals) mengongsikan kepentingan kolaborasi bersama agensi antarabangsa untuk mempelajari dan memperolehi kemahiran baharu.

Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, ahli Majlis Mesyuarat Negara.

IMG_7817.jpg

Hadir sama dalam acara ini ialah YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan organisasi rakan kongsi.

Attachments
Created at 12/7/2024 10:33 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/7/2024 3:32 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim