Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PELANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK TABUNG ANAK-ANAK YATIM BAGI TAHUN 1446H / 2025M DAN PENYAMPAIAN SURAT PENGANUGERAHAN PROGRAM BIASISWA ANAK YATIM

IMG_5883.jpg

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad telah melancarkan SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim 1446/2025 hari ini bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kutipan derma melalui SMS yang dilancarkan pada hari ini akan berlangsung selama 9 bulan bermula 25 Februari 2025 dan berakhir pada 25 November 2025. Oleh yang demikian, orang ramai bolehlah menderma melalui perkhidmatan SMS yang disediakan dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada 39999.

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan derma hasil kutipan SMS Brunei Prihatin yang dikumpulkan pada tahun 1445/2024 daripada syarikat-syarikat telekomunikasi kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 5. Jumlah kutipan SMS Brunei Prihatin bagi Tabung Anak-Anak Yatim 1445/2024 berjaya mengumpul sebanyak BND154,245.00 (Ringgit: Satu Ratus Lima Puluh Empat Ribu Dua Ratus Empat Puluh Lima). Daripada jumlah tersebut;

IMG_5994.jpg

IMG_5999.jpg

• Sebanyak BND137,506.00 (Ringgit: Satu Ratus Tiga Puluh Tujuh Ribu Lima Ratus Enam) adalah sumbangan daripada DST Sdn Bhd iaitu sebanyak BND127,506.00 (Ringgit: Satu Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu Lima Ratus Enam) adalah hasil kutipan daripada pelanggan DST dan sejumlah BND10,000.00 (Ringgit: Sepuluh Ribu) adalah sumbangan daripada pegawai dan kakitangan DST yang diserahkan oleh YM Hajah Safrina binti Pehin Dato Haji Abdul Rahman, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat DST 2 Sdn Bhd.

IMG_6008.jpg

• Hasil kutipan SMS daripada pelanggan Progresif Sdn Bhd berjumlah BND13,029.00 (Ringgit: Tiga Belas Ribu Dua Puluh Sembilan) yang disampaikan oleh Dayang Hajah Nurul Haniah binti Haji Jafar, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd.

IMG_6015.jpg

• Imagine Sdn Bhd pula berjaya mengumpulkan sebanyak BND3,710.00 (Ringgit: Tiga Ribu Tujuh Ratus Sepuluh) yang disampaikan oleh YM Allen On, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Imagine Sdn Bhd. Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

SMS Brunei Prihatin merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersama oleh JAPEM, RTB dan Syarikat Telekomunikasi sejak tahun 2005 bagi membuka platform untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim yang berdaftar di bawah Pendaftaran Kebangsaan Anak-Anak Yatim. Sejak platform ini dibukakan, sambutan daripada orang ramai adalah sangat menggalakkan. Semua jumlah kutipan yang diterima akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung Anak-Anak Yatim di bawah kendalian JAPEM.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian surat penganugerahan Program Biasiswa Anak Yatim Sesi 4 (2025/2026) kepada dua orang anak-anak yatim yang terpilih mengikuti Program BIBD Alaf iaitu Awang Mohammad Azhar Firdaus bin Mohaimin, pelajar Tahun 4 di Sekolah Rendah Sungai Siamas dan Awang Sulaiman bin Haji Ahmad, penuntut Tahun 8 di Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam.

IMG_6034.jpg

Peserta yang mengikuti pembelajaran melalui Program BIBD Alaf ini akan dibiayai melalui Tabung Anak-anak Yatim di bawah kendalian JAPEM. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2022 dan dihasratkan untuk meningkatkan impak serta objektif Tabung Anak-Anak Yatim, dimana sumbangan derma dari orang ramai juga akan disalurkan bagi membiayai pembelajaran melalui Program BIBD ALAF, sehingga tamat peperiksaan GCE ‘O’ level.

Turut hadir ke majlis ini ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta wakil daripada sektor kerajaan dan swasta.

Attachments
Created at 2/26/2025 9:16 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 2/26/2025 9:21 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim