Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KEPADA KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN
23 Jul 2020

Majlis Penyerahan Sumbangan Derma kepada Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand pada 28 Julai 2020.

Hadir bagi menyerahkan sumbangan tersebut ialah Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul, Duta Besar Thailand di Negara Brunei Darussalam kepada Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar); Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Dayang Noryani binti Haji Abdul Rani, Penolong Pengarah Kompleks Pemulihan, Perlindungan dan Probesyen, JAPEM.

Attachments