Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

  
Front page Description
Front page image
  
  

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu berlangsung pada hari ini di Rumah Dar Al-Intishar, Kompleks Sukan Jerudong.

IMG_0042.jpg

1/10/2026 9:00 AM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat melalui Bahagian Orang Kelainan Upaya, dengan kerjasama rakan strategik; Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Radio Televisyen Brunei dan Revolution Records telah menganjurkan Pertandingan Akhir dan Acara Kemuncak Program “OKU Serlahkan Bakatmu” (OKU Got Talent) 2025 sempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2025. Acara berlangsung di Aras Bawah, Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas.

GAMBAR RAMAI.jpg

12/6/2025 3:45 PM
  

Sebagai sebahagian daripada sambutan global Hari Kanak-kanak Sedunia 2025, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, agensi swasta dan persatuan bukan kerajaan telah menganjurkan Forum dan Bengkel Voices of Children bertajuk “Menghubungkan dan Melindungi (Connect and Protect)” di Rumah Al-Hamasah, Kompleks Sukan Jerudong.

IMG_6452.jpg

11/22/2025 12:00 AM
  

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah keseluruhan Tujuh Belas Ribu Lima Ratus (BND$17,500.00) kepada lapan belas (18) orang ketua keluarga. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_0039.jpg

10/15/2025 8:00 AM
  

Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2025, Pertubuhan WARGAMAS dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menganjurkan acara Walkaton yang dinamakan Walkatonmas (singkatan Walkaton Warga Emas) bertempat di Concourse Stadium Negara Hassanal Bolkiah hari ini.

IMG_1877 COPY.jpg

10/5/2025 7:00 PM
  

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menyertai Sidang Kemuncak ASEAN Wanita, Keamanan dan Keselamatan (Women, Peace and Security) 2025 yang telah diadakan pada 9 – 10 September 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia. Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menghadiri Sidang Kemuncak tersebut selaku Pengerusi bagi ASEAN Senior Officials Meeting on Rural Development and Poverty Eradication (SOMRDPE).

WhatsApp Image 2025-09-13 at 19.53.45.jpeg

9/13/2025 8:00 AM
  

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan daripada Kementerian Kewangan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Di Gaza 2023 bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_6184.jpg

8/23/2025 3:30 PM
  

Seramai 51 orang ketua keluarga telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

IMG_4638.jpg

7/31/2025 8:30 AM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat.

IMG_3353.jpg

7/10/2025 10:00 AM
  

Seramai 11 orang ketua keluarga telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_6999.jpg

3/12/2025 8:30 AM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim peringkat kebangsaan hari ini bertempat di Kompleks Sukan Jerudong.

05-03-2025 Derma anak yatim_CaptFileInfo-19.jpg

3/5/2025 8:30 AM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad telah melancarkan SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim 1446/2025 hari ini bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_5883.jpg

2/25/2025 2:00 PM
  

Seramai 115 pelajar telah menerima bantuan persekolahan daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu. Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan ini telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Jerudong.

1-Copy of IMG_4139.jpg

1/9/2025 9:00 AM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Pameran “Seni Untuk Semua” sempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (OKU) 2024.

IMG_3499.jpg

12/18/2024 9:00 AM
  

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah merasmikan acara Pesta Ria Inklusif bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang disambut pada 3 Disember setiap tahun bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan hari ini.

IMG_1563.jpg

12/15/2024 7:00 AM
  

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun ini telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan dan Mesyuarat Berkaitan Kali Ke-21 (21st ASEAN Senior Officials Meeting on Rural Development and Poverty Eradication (21st SOMRDPE and Related Meetings) yang sedang berlangsung pada hari ini hingga 14 November 2024. Mesyuarat diadakan di The Rizqun International Hotel, Gadong.

20241112-SOMRDPE(Azin)-12.JPG

11/12/2024 8:00 AM
  

Selaku peneraju bagi memastikan kesejahteraan dan keterlibatan warga emas dalam menyumbang kepada pembangunan negara, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Brunei Medical Students Association (BMSA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Warga Emas bagi meraikan pemenang-pemenang sepuluh (10) teratas bagi “The Golden Milestones” dan pertandingan Boling ‘Strikes for Gold’ antara Pusat Kegiatan Warga Emas seluruh negara dan Pertubuhan Wargamas sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2024 (HAWE2024). Majlis diadakan di Kompleks Sukan Jerudong.

JOHAN Persatuan Wargamas (Kategori Lelaki).jpg

10/31/2024 9:00 AM
  

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan daripada Persatuan Jururawat, Negara Brunei Darussalam (PENJURU) bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan petang ini.

IMG_2239.jpg

10/21/2024 3:30 PM
  

Bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2024, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Hadiah bagi Musabaqah Tilawatil Al-Quran Pusat Kegiatan Warga Emas seluruh daerah pada petang tadi bertempat di Dewan Auditorium Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

IMG_1422.jpg

10/2/2024 2:00 PM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Penandatanganan Perjanjian Perkhidmatan bagi Operasi dan Penyelenggaraan Pusat Panggilan Kebangsaan Child Helpline 121 dan Talian Kebajikan 141 dengan Comquest Sendirian Berhad petang tadi di bangunan KKBS.

IMG_0871.jpg

8/27/2024 2:30 PM
  

Merafak Sembah Ucapan Tahniah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena puja usia Baginda Ke-78 Tahun pada 15 Julai 2024.


WhatsApp Image 2024-07-14 at 19.07.44.jpeg

7/15/2024 6:00 AM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan bagi Program Biasiswa Anak Yatim bagi Tahun Akademik 2023 dan Tahun Akademik 2024 kepada 4 orang anak-anak yatim yang terpilih untuk mengikuti Program BIBD ALAF dengan dibiayai melalui dana Tabung Anak-anak Yatim di bawah JAPEM. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_9798.jpg

6/18/2024 2:00 PM
  

Seramai 60 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, keb​akaran dan tanah susur telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Bilik Hijau, Stadium Negara Hasanal Bolkiah.

IMG_9687.jpg

6/8/2024 3:00 PM
  

Pada 22 Mei 2024, satu majlis penyerahan sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye telah diadakan di ibu pejabat Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) di Ankara, Republik Turkiye sebagai menandakan pemindahan derma sumbangan melalui tabung kemanusiaan tersebut.

1.jpg

6/8/2024 9:00 AM
  

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat-penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah menerima sumbangan daripada Jabatan Perdana Menteri bagi tabung berkenaan bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.

04-06-2024 Donation_CaptFileInfo-8.jpg

6/4/2024 9:30 AM
  

Seramai 12 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Setia B dan rumah roboh Kampong Peramu yang berlaku pada 11 Mei 2024 telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.

IMG_9166.jpg

6/3/2024 2:00 PM
  

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerima sumbangan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah Lapan Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Dua Puluh Satu Sen (BND8,177.21) daripada tiga buah agensi pagi tadi bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.​

BRIGHT SKY.png

1/18/2024 9:00 AM
  

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari ini telah menerima sumbangan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melalui Bahagian Kumpulan Perbankan Runcit (RBG).

IMG_7903.jpg

8/15/2023 2:30 PM
  

Satu majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada 7 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran, angin kencang dan rumah roboh telah diadakan hari ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG_2829.jpg

8/8/2023 8:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Isnin, 10 Julai 2023 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria hari ini daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad dengan jumlah keseluruhan yang diterima sebanyak BND303,626.16. Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria telah dibukakan kepada orang ramai pada 14 Februari 2023 dan ditutup secara rasmi pada 14 Mei 2023.​

UPA_4813.jpg

7/10/2023 9:00 AM
1 - 30Next