
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Bagi memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh YM Ustaz Haji Nordin bin Haji Durahman, Guru Ugama, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Hijrah Menuju, Redha Allah” yang telah disampaikan oleh YM Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah.
Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan Doa Selamat oleh Firqah Al-Falaah, Kumpulan Dikir Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk meraikan kepulangan tiga (3) orang jemaah haji yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh YM Ustaz Haji Nordin bin Haji Durahman, Guru Ugama, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar sebagai penutup majlis.
Turut hadir ke majis tersebut Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya dan YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis.