Unit Kaunseling, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menyediakan perkhidmatan kaunseling secara profesional dan percuma kepada klien-klien JAPEM serta masyarakat yang memerlukan sokongan dalam mengubah ataupun memperbaiki gaya hidup yang sihat dan berdaya tahan, di samping menangani pelbagai cabaran.
Unit ini komited membantu klien menangani pelbagai isu - daripada cabaran peribadi, kekeluargaan, hingga kepada masalah sosial dan emosi. Antara contoh isu yang ditangani termasuk:
-
Masalah sosial dan emosi
-
Remaja yang sukar dikawal
-
Pengabaian dan eksploitasi
-
Keganasan rumah tangga
-
Penderaan seksual
-
dan lain-lain
JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING
Perkhidmatan kaunseling terbuka untuk semua sama ada secara mandatori atau hadir sendiri (walk-in).
Antara jenis kaunseling adalah:
-
Kaunseling Individu
-
Kaunseling Pasangan
-
Kaunseling Keluarga
-
Kaunseling Kelompok
-
Bimbingan dan Motivasi
-
Program atau aktiviti kaunseling yang boleh direka khusus mengikut keperluan kumpulan sasaran / klien (tertakluk kepada ketersediaan Unit Kaunseling)
TATACARA MEMOHON PERKHIDMATAN KAUNSELING
**sample imej bagi tatacara memohon perkhidmatan kaunseling
Semua permohonan sama ada melalui rujukan atau secara hadir sendiri (walk-in) akan menjalani sesi pengambilan kaunseling (intake session) bersama kaunselor bertugas (Counsellor On Duty). Sesi ini berbentuk temuduga bertujuan untuk memahami latar belakang klien sebelum penjadualan sesi kaunseling selanjutnya.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Kad pengenalan asal
- Surat beranak asal (bagi individu yang belum mempunyai kad pengenalan)
Jika awda atau seseorang yang awda kenali memerlukan sokongan, kami di sini bersedia untuk membantu.