Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

THE 2025 ASEAN WOMEN, PEACE AND SECURITY (WPS) SUMMIT

WhatsApp Image 2025-09-13 at 19.53.45.jpeg

Negara Brunei Darussalam, melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menyertai Sidang Kemuncak ASEAN Wanita, Keamanan dan Keselamatan (Women, Peace and Security) 2025 yang telah diadakan pada 9 – 10 September 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia. Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menghadiri Sidang Kemuncak tersebut selaku Pengerusi bagi ASEAN Senior Officials Meeting on Rural Development and Poverty Eradication (SOMRDPE).

Dalam ucapan pembukaan, Yang Berbahagia Dato' Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), beliau menekankan kepentingan tindakan kolektif antara kerajaan, masyarakat sivil, akademia, belia dan sektor keselamatan untuk membawa perubahan nyata kepada wanita dan kanak-kanak perempuan.

Sidang Kemuncak tersebut turut menyaksikan pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Women, Peace and Security (NAP WPS 2025-2030) pertama Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

WhatsApp Image 2025-09-13 at 19.53.45 (1).jpeg

Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS) 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat  Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail. Beliau menekankan bahawa agenda WPS merangkumi bukan sahaja isu konflik, tetapi juga maruah, keselamatan dan ketahanan insan.

Sidang Kemuncak dua hari ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dari rantau ASEAN dalam usaha memperkukuh agenda WPS. Perbincangan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Rancangan Tindakan Serantau ASEAN mengenai WPS, kepimpinan wanita dalam pencegahan konflik serta cabaran baharu termasuk perubahan iklim dan keselamatan digital.

Attachments
Created at 9/15/2025 9:46 AM by jamaddil.kassim
Last modified at 9/15/2025 9:46 AM by jamaddil.kassim