Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MERAIKAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (4).jpg[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Haji Ali - KKBS, Sufyan Aiman - JAPEM

Berakas, Sabtu, 10 Oktober 2020 - Pameran Kesihatan Mental atau Mental Health Fair kini berlangsung di Sekolah Penerbangan IBTE, Kampus Sultan Saiful Rijal bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, yang disambut setiap 10 Oktober.

Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat majlis.

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat menyaksikan aktiviti kecergasan daripada HSN Fitness, kemudiannya mengadakan lawatan, antaranya petak terapi seni, yang dikendalikan oleh Dato Shofry Abdul Ghapor.

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (1).jpg

Selain itu, Yang Berhormat turut menyaksikan pameran daripada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; AMLife; Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); Pusat Da'wah Islamiah; PEKA; Cureheart dan Clarity; dan juga demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara.

Terdahulu, acara tersebut bermula dengan ucaptama, disampaikan oleh Aiman Abdul Rahman, yang mengongsikan mengenai AMLife, iaitu perniaga penjagaan kesihatan melalui tidur.

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (6).jpg

Beliau menerangkan mengenai kepentingan tidur dan hubungannya dengan kesihatan juga kesejahteraan mental.

Turut diadakan pada acara berkenaan, forum yang membincangkan mengenai topik berkaitan 'Membina Masyarakat Sihat bagi Pembangunan Positif'.

Ahli-ahli panel, terdiri daripada Pengasas Cureheart merangkap Kaunselor di Clarity Sendirian Berhad, Hajah Norajleen Uminatul Hafizan binti Haji Almas; Presiden PEKA, Diny bin Haji Karim; dan Qudos Management, Dayangku Noorbaizura binti Pengiran Haji Daud.

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (2).jpg

Sementara itu, forum kedua pula membincangkan tajuk 'Kualiti Kehidupan dan Kesejahteraan', menampilkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Pengarah dan Ahli Psikologi Clarity, Todd McPherson; Penolong Kaunselor Penjara Maraburong, Fariszal bin Ali; dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, JAPEM, Irnawati binti Haji Mahir.

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (5).jpg

Pameran tersebut disokong oleh Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Kementerian Pendidikan; dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ia turut melibatkan AMLife dan lli Wax Co sebagai rakan-rakan strategi utama.

101020_Pameran Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia (3).jpg

Attachments
Created at 11/23/2020 10:56 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/23/2020 10:56 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim