Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2020

21112020_UCD 2020 (11).jpg

JERUDONG, Sabtu, 21 November 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali ke-14 pagi ini dengan tema sambutan "reimagine a better world" bertempat di The Colonnade, Jerudong Park Playground.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2020 ialah Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

21112020_UCD 2020 (12).jpg

Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, Pesuruhjaya Hal Ehwal Kanak-Kanak dalam ASEAN Commission on the Promotion and Protection of Women and Children (ACWC), Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kerajaan dan Persatuan Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Seramai lebih kurang 110 kanak-kanak dari Sekolah Ugama Arab Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Sekolah Arab Rimba, Sekolah Arab Brunei (ISB), Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Rendah Chung Hwa, Sekolah Rendah Sengkurong, Sekolah Rendah Jerudong, Sekolah Menengah Sayyidina Hassan, Sekolah Menengah Sayyidina Hussein serta Pusat Bahagia Brunei Muara dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, telah hadir untuk ikut serta dalam sama-sama meraikan acara sambutan tersebut.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia atau Universal Children's Day (UCD) diraikan setiap tahun pada 20 November dengan tema pada tahun ini "reimagine a better world" bermaksud kanak-kanak digalakkan untuk memberikan pandangan bagi memperbaiki situasi dunia yang berkaitan dengan mereka dari segi pelajaran dan kesihatan.

21112020_UCD 2020 (17).jpg

Acara dirasmikan dengan gerakan aski pemecahan belon-belon oleh Tetamu Kehormat bersama kanak-kanak untuk mendedahkan ilustrasi lukisan kanak-kanak daripada Pusat Bahagia dan Kompleks Rumah Kebajikan, yang mana lukisan itu merupakan bayangan dunia yang lebih baik bagi mereka. Belon-belon yang menutupi ilustrasi berkenaan adalah ibarat rintangan penghalang, dan pemecah belon oleh Tetamu Kehormat bersama kanak-kanak melambangkan kerjasama yang diperlukan di antara kanak-kanak serta orang dewasa demi untuk mencapai dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak dan kita semua. Ini diikuti dengan sesi senamrobik oleh jemputan dewasa dan kanak-kanak yang diketuai oleh Aman Optimum Fitness Centre.

Diantara tujuan sambutan ini diadakan ialah untuk mempromosikan dan meraikan hak kanak-kanak berdasarkan artikel-artikel yang terdapat di dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children; CRC); mempromosi dan menyokong perkembangan kanak-kanak secara inklusif dari segi fizikal, mental, kerohanian dan sosial serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat terutama untuk sentiasa memastikan anak-anak dilindungi dari segala keganasan dan pengabaian serta memelihara hak dan keperluan semasa kanak-kanak dan di masa hadapan.

21112020_UCD 2020 (2).jpg

21112020_UCD 2020 (3).jpg

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari ini yang berbentuk permainan, interaktif dan pemberigaan khusus untuk kanak-kanak dan orang ramai. Aktiviti yang disediakan adalah mengenai pembangunan sosial, fizikal, mental dan kerohanian, akademik, kesenian dan kebudayaan di samping menyediakan pameran dari pelbagai perkhidmatan, demonstrasi dan pemberigaan mengenai perkhidmatan untuk kanak-kanak seperti Talian ANAK 121.

Sambutan aktiviti yang diadakan pada hari ini adalah kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan dan Persatuan Badan-Badan Bukan Kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, KKBS, Dewan Bahasa dan Pustaka, KKBS, Pusat Pembangunan Belia (PPB), KKBS, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), Majlis Kebangsaan Orang Kelainan Upaya (MKOKU), Sukarelawan Belia, Buzzing Bees, Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT), National Football Association Brunei Darussalam (NFABD), dan juga pihak Jerudong Park Playground.

21112020_UCD 2020 (14).jpg

Attachments
Created at 2/18/2021 11:41 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 2/18/2021 11:41 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim