Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2022

DSC02220_result.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, agensi swasta dan persatuan-persatuan bukan kerajaan meraikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali Ke-16 dengan tema Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Setiap Kanak-Kanak atau “A Better Future for Every Child”.

Acara utama sambutan pada tahun ini diadakan pada hari Isnin, 21 November 2022 di Dewan Digadong, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir selaku tetamu kehormat ke acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir sama ke acara tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiauasaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan, guru-guru serta wakil daripada Project Women Brunei, MyActionForSDGs dan Brucert.

DSC02226_result.jpg

DSC02236_result.jpg

Pengisian acara pada hari ini ialah persembahan pantomim, sesi bengkel, sesi kongsi dan refleksi. Seramai 50 orang penuntut-penuntut dari sekolah kerajaan Tahun 9 dan 10 telah menyertai bengkel pada hari ini.

DSC02247_result.jpg

Bengkel pertama bertajuk “Kemahiran Hidup yang Diperlukan oleh Kanak-Kanak Untuk Masa Hadapan” disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Iqbal bin Haji Damit, Pengasas Hand4Hand Brunei dan Yang Mulia Dr Nordiana binti Haji Zakir, Penolong Profesor Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan dikendalikan oleh Yang Mulia Pengiran Salimatul Sa’ada binti Pengiran Mohd Saleh, Pegawai Psikologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Khas selaku Moderator. Antara yang dibincangkan dalam bengkel tersebut ialah sesi perkongsian dan refleksi keperluan kanak-kanak untuk mahir dan bersedia dalam menghadapi cabaran hidup.

DSC02273_result.jpg

Bengkel kedua “Mind to Heart” disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Rozailah binti Abdul Rahman, Psikologis daripada Bahagian Psikologi Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Yang Mulia Norsuzilawati binti Abdul Rahman, Pegawai Kaunselor daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, dan dikendalikan oleh Yang Mulia Awang Hafiz bin Haji Kifle, Pegawai Kaunseling, JAPEM selaku moderator. Antara yang dibincangkan dalam bengkel tersebut ialah sesi perkongsian dan refleksi mengenai kepentingan kesejahteraan mental.

Acara dimeriahkan dengan persembahan pantomim oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Persembahan tersebut antaralain berhasrat untuk menyuntik semangat dikalangan kanak-kanak untuk menjadi insan yang lebih baik, dan juga memberikan gambaran mengenai kepentingan keteladanan ibu bapa sebagai pembimbing kepada anak-anak agar mempunyai masa depan yang lebih cerah serta menyedari kepentingan kesihatan mental.

Bengkel pada hari ini diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiauasaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Selain bengkel yang diadakan hari ini, beberapa aktiviti lain juga telah diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia iaitu Doa Kesyukuran sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2022 dan Doa Selamat Terhindar dari Wabak COVID-19 yang telah diadakan di sekolah-sekolah ugama di seluruh Negara pada 19 November 2022.

Antara program dan aktiviti lain yang telah disusun sehingga penghujung bulan November ialah Taklimat Pemberigaan mengenai Konvensyen Hak Kanak-Kanak kepada penuntut-penuntut sekolah menengah Tahun 7 hingga 10 yang akan diadakan pada 23 November 2022. Program Meraikan Hari Kanak-Kanak di Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) dan Child Development Centre (CDC) pada 24 November 2022. Santai-Santai Berkongsi bertajuk “Appreciating Kindness” akan diadakan secara dalam talian pada 26 November 2022 dan aktiviti “What Makes Me Feel Grateful’ yang akan diadakan di Bandarku Ceria anjuran MyActionForSDGs pada 27 November 2022.

WhatsApp Image 2022-11-21 at 20.44.59.jpeg

Sebagai usaha menyokong Hari Kanak-Kanak Sedunia, Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) akan dinyalakan dengan lampu berwarna biru sebagai lambang Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bersempena dengan warna rasmi United Nations Children’s Fund (UNICEF).

Penyalaan lampu Jambatan SHOAS bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia itu akan diadakan hari Isnin 21 November 2022 bermula pada jam 7.00 malam hingga 5.00 pagi 22 November 2022. Orang ramai adalah dijemput untuk mengambil gambar Jambatan-jambatan dan memuatnaik kedalam media sosial dengan menggunakan hashtag #UniversalChildrensDayBN atau #WorldChildrensDay.

Attachments
Created at 11/22/2022 10:21 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/22/2022 10:24 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim