Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PERLANJUTAN TEMPOH KUTIPAN TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

WhatsApp Image 2025-10-16 at 08.41.17.jpeg

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tempoh kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza telah dilanjutkan selama 6 bulan lagi iaitu mulai 19 Oktober 2025 sehingga 18 April 2026 untuk orang ramai terus menyalurkan bantuan bagi meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan penduduk Palestin yang terjejas di Gaza.

Pelanjutan ini termasuklah melalui platform kutipan yang tersedia di bawah tabung ini:

​1 Kutipan melalui SMS Brunei Prihatin yang dikendalikan oleh Datastream Digital Sdn Bhd (DST Sdn Bhd), Progresif Sdn Bhd dan Imagine Sdn Bhd;

2 Penyediaan tabung-tabung derma di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara, bangunan-bangunan awam, gedung-gedung perniagaan serta bank-bank dengan kerjasama Persatuan Bank-Bank; dan

​3 Penganjuran aktiviti-aktiviti amal bagi tujuan kutipan derma tersebut.

Kutipan keseluruhan dana tabung ini setakat 15 Oktober 2025 adalah sebanyak B$6,755,890.28. Sebahagian daripada kutipan dana berjumlah B$1,399,545.00 telah digunakan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui “air-drop” dalam bentuk paket makanan yang siap sedia untuk dimakan yang telah dilaksanakan pada 13 hingga 15 Mac 2024. Oleh itu, baki tabung setakat 15 Oktober 2025 adalah berjumlah B$5,356,345.28.

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tempoh kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza telah dilanjutkan selama 6 bulan lagi iaitu mulai 19 Oktober 2025 sehingga 18 April 2026 untuk orang ramai terus menyalurkan bantuan bagi meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan penduduk Palestin yang terjejas di Gaza.

Attachments
Created at 10/20/2025 10:16 AM by jamaddil.kassim
Last modified at 10/20/2025 10:18 AM by jamaddil.kassim