Bandar Seri Begawan, Juma'at, 02 Oktober 2020 - Bengkel Latihan Garis Panduan Kebangsaan Permakanan dan Kegiatan Fizikal bagi Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam berlangsung selama 2 hari bermula 02 hingga 03 Oktober 2020.
Bengkel ini adalah kerjasama antara Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Para peserta bengkel terdiri daripada pemilik-pemilik dan pekerja-pekerja bagi 48 buah pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar di Jabatan Pembangunan Masyarakat.