Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

DSC_2986.png

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada dua orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Jalan Pasir Berakas, Kampung Lambak dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Kampung Lambak Kiri, Daerah Brunei Muara.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Pengiran Shahdir bin Pengiran Haji Md Tahir dan Haji Md Khairul bin Haji Emran.

DSC_2993.png

DSC_2998.png

Kejadian kebakaran itu berlaku pada 26 Jun 2022 telah meranapkan keseluruhan rumah milik Awang Haji Md Khairul. Manakala rumah milik Pengiran Shahdir telah melibatkan sebahagian rumah mengalami kerosakan. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

Mangsa kebakaran menerima bantuan kewangan untuk meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan tehadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:26 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:26 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim