Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

IMG_7501.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan kepada seorang (1) ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan lima (5) ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang /atap terbang.

Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mirany Floridzah binti Abd Rahman, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.

IMG_7511.jpg

Sebuah rumah di Kampung Perpindahan Mata-Mata telah mengalami kebakaran pada 16 Julai 2022 sekitar 9.30 pagi . Kebakaran tersebut telah meranapkan keseluruhan tingkat atas rumah mangsa dan menyebabkan kerosakan teruk di tingkat bawah. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

IMG_7509.jpg

Dalam kejadian yang berasingan, dua (2) buah rumah di kawasan Daerah Brunei Muara dan tiga (3) buah rumah di Daerah Tutong dilanda bencana atap terbang akibat hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku secara berturut-turut pada 10 hingga 12 Julai 2022. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian. Kawasan rumah-rumah yang terjejas ialah Kampung Bakut Siraja Muda, Kampung Burong Lepas, Kampung Layong Tutong, Kampung Kandang Serambangun Tutong dan Kampung Panchor Dulit Tutong.

Kesemua mangsa bencana telah menerima bantuan kewangan hari ini bagi membantu meringkan kesusahan yang dialami untuk meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan tehadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:28 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:28 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim