Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG ANAK-ANAK YATIM JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

DSC02519.JPG‚Äč

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad , Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan bagi Tabung Anak-Anak Yatim berjumlah Tiga Ribu Ringgit (BND3,000.00) daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) petang ini di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan yang diserahkan itu adalah sebahagian daripada hasil kutipan yuran larian acara UBD Run 2023 yang diadakan pada 15 Oktober 2023 sempena meraikan graduan Konvokesyen UBD Ke-35 dan pengambilan pelajar-pelajar UBD bagi kohort Ogos 2022/2023 yang baru menamatkan Fresher's Week. Kempen tersebut merupakan platform bagi komuniti UBD dan orang ramai untuk sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan menggalakkan gaya hidup sihat sambil menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

DSC02511.JPG

DSC02515.JPG

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Conselor, Universiti Brunei Darussalam.

Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Yang Mulia Profesor Madya Pengiran Dr. Md Iskandar  bin Pengiran Haji Petra, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) dan Pemangku Penolong Naib Canselor (Korporat dan Pentadbiran), pegawai-pegawai kanan daripada UBD dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Attachments
Created at 11/16/2023 10:46 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/16/2023 10:50 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim