Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PROGRAM PREPANITA FORUM “SELAMAT DATANG KE DUNIA PEKERJAAN” dan “COMMUNI-KASIH: KOMUNIKASI ADALAH KUNCI KEBAHAGIAAN”

WhatsApp Image 2024-09-17 at 17.45.11_e7cfded0.jpg

Dua forum PREPanita bertajuk “Selamat Datang ke Dunia Pekerjaan” dan “Communi-Kasih: Komunikasi Adalah Kunci Kebahagiaan” anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan bukan kerajaan telah diadakan hari ini bertempat di IBTE Nakhoda Ragam Campus.

Kira-kira 130 orang penuntut IBTE telah menyertai kedua-dua forum tersebut yang bertujuan untuk memperkasa pelajar-pelajar pengajian tinggi agar bersedia secara mental untuk menempuh alam pekerjaan dan melalui cabaran-cabaran dengan baik. Forum ini juga memberikan pendedahan mengenai isu-isu gangguan seksual di tempat kerja di samping untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hak-hak wanita dan mempersiapkan diri kaum wanita dan kaum lelaki untuk cekal menghadapi masalah atau musibah yang tidak dijangka. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai penerapan positif dalam kehidupan dan tatacara untuk berani tampil ke hadapan.

Forum pertama yang bertajuk “Selamat Datang Ke Dunia Pekerjaan” dikendalikan oleh YM Dayang Siti Zaharah binti Haji Abdul Razak daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku moderator. Ahli-ahli panel terdiri daripada YM Dayang Siti Alifah binti Awang Osman, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Masyarakat; YM Dayang Anisa binti Haji Taib, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 1, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan YM Dayang Sabrina binti Haji Mahmud, Penasihat Undang-Undang dan Pendakwa Raya, Pejabat Peguam Negara.

WhatsApp Image 2024-09-17 at 17.45.10_51dfbba1.jpg

Antara topik-topik yang dibincangkan oleh ahli-ahli panel ialah;

  • YM Dayang Siti Alifah daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat telah mengongsikan mengenai kaedah yang berkesan untuk menangani para wanita yang menghadapi tekanan yang berlebihan di tempat kerja dan keseimbangan kehidupan kerja yang baik (work life balance).
  • Beliau menekankan kepentingan untuk menjaga keseimbangan antara pekerjaan dan juga kehidupan iaitu dengan melakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan/stres dan burnout. Selain itu juga, menjaga kesihatan fizikal dan mental iaitu seperti menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga, meningkatkan produktiviti kerja dan memperbaiki hubungan sosial adalah sangat penting untuk menjaga keseimbangan antara pekerjaan dan juga kehidupan. Beliau juga mengongsikan tip untuk mencapai dan mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja yang baik (good work-life balance). Salah satu tip yang dikongsikan ialah untuk mengenal pasti apakah yang menghalang daripada mencapai keseimbangan sebagai contoh isu kekurangan masa, oleh itu pengurusan masa adalah amat penting.
  • YM Dayang Anisa binti Haji Taib telah mengongsikan beberapa program latihan kemahiran jangka masa pendek dan panjang yang dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan seperti Program Pertanian dan Perladangan, Program Belia Berpadi, Program Inkubator dan Program Artisan Kemahiran.
  • YM Dayang Sabrina binti Haji Mahmud pula mengongsikan pengalaman mereka dalam memperkasa wanita yang berilmu dan berwibawa dalam menempuh alam pekerjaan. Beliau juga menekankan bahawa komunikasi adalah penting terutama sekali apabila ianya berkaitan dengan isu peribadi seperti isu gangguan seksual. Gangguan seksual iaitu misalnya di tempat kerja adalah isu sensitif bagi yang mengalaminya tetapi aduan perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan dan individu yang mengalaminya perlu tahu akan hak-hak mereka untuk tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan.

Forum kedua bertajuk “Communi-Kasih: Komunikasi Adalah Kunci Kebahagiaan” juga telah dikendalikan oleh YM Dayang Siti Zaharah binti Haji Abdul Razak daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku moderator. Ahli-ahli panel terdiri daripada YM Ustazah Dayang Salmah binti Haji Ahmad, Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah; YM DSP Norkhatijah binti Haji Zainal, Ketua Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah; YM Dk Hajah Nurizni binti Pg DP Haji Sallehuddin, Pegawai Kebajikan Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan YM Dayang Siti Zaimah binti Roslan, Pengasas Bleed Safely, Social Organization dedicated to women’s health.

WhatsApp Image 2024-09-17 at 17.45.11_0817ecb8.jpg

Antara topik-topik yang dibincangkan oleh ahli-ahli panel ialah;

  • YM Ustazah Dayang Salmah binti Haji Ahmad daripada Bahagian Khidmat Nasihat Negara telah mengongsikan mengenai peranan lelaki dari perspektif Islam serta interaksi pergaulan antara perempuan dan lelaki mengikut batas syariat. Beliau menekankan peranan lelaki adalah sebagai pemimpin dalam keluarga, di samping menjadi pelindung bagi ahli-ahli keluarga lainnya. Beliau juga menekankan bahawa pergaulan di antara lelaki dan perempuan perlulah dijaga dengan baik agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Para penuntut juga di seru untuk sentiasa menjaga mata, cara percakapan mahupun perbuatan.
  • YM DSP Norkhatijah binti Haji Zainal daripada Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak pula mengongsikan mengenai kes-kes yang diterima berkenaan dengan wanita dan tindakan yang dapat diambil jika ada keganasan atau ugutan yang berlaku. Beliau menyatakan kes-kes yang tertinggi ialah kes keganasan rumahtangga terhadap isteri dan juga kes seksual dari segi menjatuhkan maruah seperti menjatuhkan maruah melalui media sosial. Para penuntut juga diseru untuk sentiasa berhati-hati dan melaporkan kepada tenaga pengajar jika mengalami keganasan atau ugutan semasa waktu pembelajaran sebagai tindakan awal, selain daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa. Beliau menekankan kepada para pelajar untuk mengetahui akan hak masing-masing apabila berdepan dengan isu-isu keganasan atau ugutan.
  • YM Dk Hajah Nurizni binti Pg DP Haji Sallehuddin, Pegawai Kebajikan Perubatan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengongsikan antara kes-kes tertinggi yang di tangani oleh Kebajikan Perubatan Hospital ialah kes penderaan wanita dan kanak-kanak, mengandung di bawah umur dan wanita yang melahirkan anak di luar nikah. Dari segi kesihatan mental, beliau juga menekankan kepada penuntut untuk mengenal pasti simptom-simptom masalah kesihatan mental serta menyeru para penuntut untuk mengetahui kepentingan self-care dan meminta pertolongan apabila menghadapi kesusahan (seek help).
  • YM Dayang Siti Zaimah binti Roslan, Pengasas Bleed Safely, Social Organization dedicated to women’s health pula mengongsikan program meningkatan kesedaran kesihatan wanita terutama sekali mengenai sakit haid dan bersalin serta kepentingan menggunakan produk yang bersesuaian terutama sekali bagi kanak-kanak yang baru mengalami haid.
Attachments
Created at 9/18/2024 10:20 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/18/2024 10:20 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim