Seramai 17 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran dan rumah
roboh telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan
Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di
Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Seramai tiga (3) orang ketua keluarga daripada tujuh belas (17) yang menerima bantuan
kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran, satu (1) ketua
keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh, lima (5) ketua keluarga terlibat dalam kejadian
banjir dan lapan (8) orang ketua keluarga yang terlibat dengan kejadian angin kencang.
Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam
keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang
Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh
mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan
keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami
musibah.