Sebagai usaha untuk menyokong dan memeriahkan lagi sambutan Hari Antarabangsa Warga
Emas 2024 yang ke-21 yang disambut setiap 1 Oktober, Negara Brunei Darussalam akan
menyalakan lampu berwarna Kuning Keemasan (Gold) di beberapa tempat iaitu di Jambatan
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS), bangunan HAB Tenaga Brunei Dermaga Diraja dan
bangunan Stadium Negara Hassanal Bolkiah bermula pada 30 September 2024 hingga 1
Oktober 2024, pukul 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam.
Penyalaan lampu di Jambatan SHOAS dan bangunan-bangunan ikonik tersebut adalah untuk
memaparkan warga emas yang meniti usia emas dan warga emas kaya dengan pengalaman
dan sumber pengetahuan yang dapat dimanfaatkan oleh generasi muda sebagai panduan cara
hidup.
Justeru itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengambil gambar jambatan dan memuatnaik
ke dalam media sosial dengan menggunakan hashtag #HAWE2024 atau #IDOP2024.