Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA MENGADAKAN SOLAT SUNAT HAJAT BERJEMAAH SERTA MERAFAKKAN DOA KHAS KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

WhatsApp Image 2025-06-04 at 18.24.58.jpeg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama dengan golongan masyarakat yang terdiri dari Anak-Anak Yatim, ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Persatuan-Persatuan Orang Keperluan Khas (OKU), Persatuan-Persatuan Wanita, Ahli-Ahli Takhmir Masjid, Kumpulan-Kumpulan Muslimin dan Muslimah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong, penerima-penerima Bantuan Kebajikan Bulanan, penghuni dan residen Kompleks Rumah Kebajikan, rakan-rakan kongsi dari sektor awam dan swasta serta orang ramai telah mengadakan Solat Sunat Hajat Berjemaah serta merafakkan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan seterusnya Solat Fardu Asar Berjemaah secara serentak di masjid-masjid utama di keempat-empat daerah.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, tumpuan utama bagi mengadakan Solat Sunat Hajat Berjemaah dan seterusnya Bacaan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan adalah di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang.

WhatsApp Image 2025-06-04 at 18.25.18.jpeg

Manakala Daerah Tutong pula, tumpuan utama adalah di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Bagi Daerah Belait majlis diadakan dengan tumpuan utama di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait. Sementara di Daerah Temburong, tumpuan majlis adalah di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Dengan penyertaan golongan sasaran dan rakan-rakan strategik Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ianya mencerminkan pendekatan inklusif Kerajaan serta keprihatinan masyarakat terhadap Raja yang amat dikasihi. Semoga doa-doa ikhlas yang dititipkan akan diterima Allah Subhanahu Wata‘ala dan menjadi sumber keberkatan, keafiatan serta kesejahteraan yang berpanjangan bagi Raja dan Negara.

Attachments
Created at 7/9/2025 2:33 PM by jamaddil.kassim
Last modified at 7/9/2025 2:33 PM by jamaddil.kassim