Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA

IMG_1239.jpg

Seramai 27 orang ketua keluarga telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai tiga (3) ketua keluarga daripada dua puluh tujuh (27) yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian angin kencang, dua (2) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran, dua puluh satu (21) ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir dan satu (1) ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah tidak selamat. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

IMG_1175.jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 7/10/2025 10:26 AM by jamaddil.kassim
Last modified at 7/10/2025 10:26 AM by jamaddil.kassim