Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

LAWATAN KERJA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA

WhatsApp Image 2025-09-13 at 19.54.23.jpeg

Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Sosial Malaysia (ISM), Kuala Lumpur. Turut hadir adalah pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.

WhatsApp Image 2025-09-13 at 19.54.23 (1).jpeg

Institut Sosial Malaysia (ISM) merupakan sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertaraf Institut Latihan Awam (ILA) dan mula beroperasi pada tahun 2002. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian daripada ISM mengenai pendekatan dan latihan-latihan serta meninjau amalan terbaik ISM dalam pembangunan kapasiti pekerja sosial termasuk modul-modul latihan berstruktur.

Melalui lawatan kerja ini juga, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berhasrat untuk menjalin peluang kerjasama melalui program latihan yang akan meningkatkan kompetensi pekerja sosial di Brunei Darussalam dan seterusnya meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kebajikan sosial demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat di Negara ini.

WhatsApp Image 2025-09-13 at 19.54.22.jpeg

Attachments
Created at 9/15/2025 9:44 AM by jamaddil.kassim
Last modified at 9/15/2025 9:44 AM by jamaddil.kassim