Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA BENCANA

IMG_9854.jpg

Kerajaan Kebawah Duli ​Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah keseluruhan Sembilan Ribu Enam Ratus Dua Puluh Lima (BND$9,625.00) kepada 8 orang ketua keluarga. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Daripada 8 ketua keluarga yang menerima bantuan kewangan hari ini, seramai 4 ketua keluarga adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran, 2 ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh, 1 ketua keluarga terlibat dalam angin kencang dan 1 ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir. Sementara itu, 1 ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran telah diberikan bantuan keperluan asasi dan catuan makanan. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

IMG_9848.jpg

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah JAPEM.

Attachments
Created at 1/12/2026 9:44 AM by jamaddil.kassim
Last modified at 1/12/2026 9:44 AM by jamaddil.kassim