Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DARIPADA KUMPULAN ISTERI MENTERI-MENTERI KABINET, TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI, SETIAUSAHA-SETIAUSAHA TETAP, TIMBALAN-TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP DAN AHLI BERSEKUTU BAGI TAHUN 2026

IMG_0042.jpg

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu berlangsung pada hari ini di Rumah Dar Al-Intishar, Kompleks Sukan Jerudong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi menyempurnakan penyampaian bantuan persekolahan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan diiringi oleh Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Hasbi selaku Pengerusi Kedua Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu.

Penyampaian bantuan persekolahan ini merupakan inisiatif Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bagi membantu anak-anak penerima bantuan memulakan persekolahan. Seramai 115 orang pelajar menerima kupon bantuan persekolahan tersebut.

IMG_0249.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Ghani Bin Murni, Pekerja Pembangunan Masyarakat dan diikuti dengan penyampaian bantuan persekolahan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan.

Inisiatif ini telah dilaksanakan sejak tahun 2025 antara lain bertujuan untuk meringankan perbelanjaan persiapan persekolahan bagi anak-anak berkenaan serta seterusnya memberi semangat, galakan dan motivasi kepada mereka untuk terus memajukan diri dalam pembelajaran, sekali gus berupaya mengubah kehidupan keluarga.

Sehubungan dengan itu, pihak JAPEM mengalu-alukan penglibatan pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk mengendalikan inisiatif-inisiatif seumpama ini bagi meningkatkan dan menyemai sikap prihatin serta rasa pemedulian dalam kalangan komuniti di Negara Brunei Darussalam.

IMG_0074.jpg 

Attachments
Created at 1/12/2026 10:06 AM by jamaddil.kassim
Last modified at 1/12/2026 10:06 AM by jamaddil.kassim