| | 6/23/2020 | Dalam usaha mempersiapkan para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di seluruh negara bagi pelaksanaan Sistem Kebajikan Negara (SKN), jerayawara yang telah bermula di Daerah Brunei dan Muara pada pagi ini. Jerayawara di Daerah Brunei dan Muara ini berlangsung selama 3 hari iaitu 23 Jun hingga 25 Jun 2020 yang bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sesi pagi bermula dari jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi manakala sesi petang bermula dari 1:30 petang hingga 3:30 petang. | 23 Jun 2020 |
| | 6/30/2020 | Hari ini, Diteruskan lagi usaha mempersiapkan para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di Daerah Belait bagi pelaksanaan Sistem Kebajikan Negara (SKN), jerayawara yang telah bermula di Daerah Brunei dan Muara pada 23 Jun hingga 25 Jun 2020 lalu. Jerayawara di Daerah Belait ini, dimulakan pada jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi bertempat di Pusat Persidangan, Kuala Belait. | 30 Jun 2020 |
| | 7/1/2020 | | 01 Jul 2020 |
| | 7/9/2020 | Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan melawat ke Kawasan-Kawasan Terjejas Banjir di Daerah Belait pada pagi tadi.
| 09 Jul 2020 |
| | 7/9/2020 | Aktiviti latihan keusahawanan semaian bunga pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU) Pusat Bahagia Tutong.
| 09 Jul 2020 |
| | 7/11/2020 | Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun ke-3 penubuhan Pusat Kegiatan tersebut.
| 11 Jul 2020 |
| | 7/11/2020 | Aktiviti Kempen Kebersihan Projek Memeduli Warga Emas anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam telah dijalankan pagi ini.
| 11 Jul 2020 |
| | 7/20/2020 | Bandar Seri Begawan, Isnin, 20 Julai 2020 - Majlis Penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada bencana kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Lumapas Daerah Brunei dan Muara pada 6 Julai 2020 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini. Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sejumlah $1,000 telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Dayang Hining binti Mahali, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.
Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir ke majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.
|
| 20 Jul 2020 |
| | 7/22/2020 | | 22 Jul 2020 |
| | 7/23/2020 | Majlis Penyerahan Sumbangan Derma kepada Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand pada 28 Julai 2020.
Hadir bagi menyerahkan sumbangan tersebut ialah Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul, Duta Besar Thailand di Negara Brunei Darussalam kepada Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar); Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Dayang Noryani binti Haji Abdul Rani, Penolong Pengarah Kompleks Pemulihan, Perlindungan dan Probesyen, JAPEM.
|
| 23 Jul 2020 |
| | 7/25/2020 | Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima lawatan rasmi daripada Aewon Brunei ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Kampung Lambak Kanan dan Pusat Bahagia, Kampung Pulaie.
Turut hadir ke lawatan tersebut ialah Yang Mulia Kononel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Mr Lau Chai Seng, Managing Director, Aewon Brunei.
|
|
| 25 Jul 2020 |
| | 7/29/2020 | [Sumber: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan] Berita: Lee Chin Foo - KKBS Bandar Seri Begawan, Rabu, 29 Julai 2020 – Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyelenggarakan kursus secara maya (virtual) yang dikelolakan oleh Institut Perkhidmatan Awam. Seramai 30 warga KKBS telah menghadiri kursus tersebut di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sementara jabatan-jabatan lain juga menghadiri kursus yang sama di dewan jabatan masing-masing, mengikut keramaian yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan untuk mematuhi segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan langkah-langkah penjarakan sosial. Kursus pagi tadi disampaikan oleh Yang Mulia Pg Hj Md Ali Noor bin Pg Hj Ismail, dari Kluster Inovasi dan Teknologi Info-Komunikasi, yang bertajuk 'Menangani Perubahan Dalam Norma Baru'. |
| 29 Jul 2020 |
| | 7/30/2020 | Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Katok B, Daerah Brunei dan Muara pada 22 Julai 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.
|
| 30 Jul 2020 |
| | 7/30/2020 | Bandar Seri Begawan, Khamis, 30 Julai 2020 - Bantuan lampin pakai buang dan susu yang telah dan terus diungkayahkan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kepada penerima-penerima bantuan dalam kalangan warga emas yang berkeadaan uzur (bed ridden) serta berkehidupan susah menurut garispanduan yang ditetapkan kini diagihkan secara in-kind.
Melalui kaedah pemberian secara in-kind, pegawai-pegawai JAPEM sendiri akan menyampaikan lampin pakai buang dan susu secara langsung kepada penerima-penerima di kediaman masing-masing setiap bulan secara serentak di keempat-empat daerah. Kaedah pengagihan ini membolehkan pihak JAPEM untuk lebih prihatin dengan melihat sendiri keadaan kehidupan warga emas dan seterusnya menangani kemaslahatan mereka.
Pada masa ini, seramai 86 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi pemakaian lampin pakai buang dan minuman susu sebagai keperluan asasi harian mereka. Daripada jumlah ini, 31 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi pemakaian lampin pakai buang, 33 orang warga emas menerima bantuan bulanan bagi minuman susu, dan 22 orang warga emas lagi menerima bantuan bulanan bagi mendapatkan kedua-dua keperluan tersebut. Inisiatif ini adalah selaras dengan keutamaan pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan tiada ketirisan dikalangan masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk warga emas yang kurang bernasib baik di Negara Brunei Darussalam menurut garispanduan yang ditetapkan. Ke arah ini, pihak Kerajaan akan terus memastikan bantuan yang diagihkan akan digunakan sewajarnya bagi mematuhi keperluan-keperluan khusus warga emas agar kualiti kehidupan mereka akan terus terjamin.
|
| 30 Jul 2020 |
| | 8/12/2020 | 
| 12 Aug 2020 |
| | 8/15/2020 | 
| 15 Aug 2020 |
| | 8/22/2020 | | 22 Aug 2020 |
| | 9/26/2020 | IKLAN JAWATAN KOSONG
Jabatan Pembangunan Masyarakat telah membukakan jawatan kosong kepada orang ramai bagi jawatan Pegawai Kerja Sosial mulai 26 September 2020 hingga 17 Oktober 2020. Orang ramai yang berminat bolehlah melayari http://www.recruitment.gov.bn/

| 26 Sep 2020 |
| | 10/13/2020 | Jabatan Pembangunan Masyarakat telah membukan tawaran bagi RUBBISH COLLECTION AND DISPOSAL AT PUSAT BAHAGIA DAERAH TUTONG dengan Bilangan Tawaran OCT/JAPEM/2020/PEMBUANGANSAMPAH/PBTUT. Tarikh tutup bagi tawaran ini pada Hari Selasa, 03 November 2020.

| 13 Oct 2020 |
| | 10/22/2020 | | 22 Oct 2020 |
| | 10/29/2020 | 
| 29 Oct 2020 |
| | 12/23/2020 | Tuan/Puan boleh muat turun kedua buku ini secara percuma melalui QR code atau melalui link ini: | |
| 23 Dec 2020 |
| | 8/9/2021 | _page-0001.jpg)
_page-0002.jpg)
| 09 Aug 2021 |
| | 8/20/2021 | | 20 Aug 2021 |
| | 8/20/2021 | | 20 Aug 2021 |
| | 8/22/2021 | | 22 Aug 2021 |
| | 11/6/2021 | 
| 06 Nov 2021 |
| | 11/6/2021 | 
| 06 Nov 2021 |
| | 11/27/2021 | | 27 Nov 2021 |
| | 2/2/2022 | 
| 02 Feb 2022 |