Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAlat Bantu Khas

PERMOHONAN ALAT BANTU KHAS

Ini adalah Bantuan Kerajaan yang dikhususkan kepada Orang Kelainan Upaya yang kurang berkemampuan (kad pengenalan berwarna kuning atau ungu).

Alat bantu khas yang dihulurkan adalah kerusi roda, tongkat putih, kaki palsu, Braille, tangan palsu, gigi palsu, kasut khas, jam khas, alat bantu dengar, 'walking frame' (tertakluk kepada keperluan OKU).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Mendapatkan pengesahan daripada Doktor
  • Orang Kelainan Upaya
  • Pemohon hendaklah memegang kad pengenalan berwarna kuning atau unggu.
  • Tidak mempunyai pekerjaan.

CARA UNTUK MENDAPATKAN ALAT BANTU KHAS

  • Menghadapkan surat permohonan kepada Pengarah Pembangunan Masyarakat melalui;
    • Penghulu-penghulu atau Ketua Kampong atau Ketua Rumah Panjang.
    • Pejabat Daerah masing-masing (jika tidak mempunyai Ketua Kampong).
    • Ibu pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat di Daerah Brunei dan Muara atau cawangan-cawangan di semua Daerah.
    • Bahagian Jurupulih Cara Kerja, Kementerian Kesihatan.
    • Agensi-agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.