gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Permohonan mendapatkan Taraf Kerakyatan dan Taraf Penduduk Tetap bagi bagi Anak Angkat

1. Pemohon hendaklah menghadapkan permohonan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan,                Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

2. Permohonan berkenaan akan dipanjangkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ke Jabatan      Pembangunan Masyarakat untuk siasatan lanjut.

3. Jabatan Pembangunan Masyarakat akan menyediakan laporan sosial mengenai pemohon dan anak angkat          tersebut dan menghadapkannya ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bagi pertimbangan              selanjutnya.

4. Bagi penyediaan laporan sosial, Pekerja Pembangunan Masyarakat akan membuat perjanjian bagi                          menemubual pemohon, dan seterusnya akan mengadakan lawatan ke rumah.

i. Kehadiran Semasa Temubual

   Pihak berikut dikehendaki hadir semasa sesi temubual:

a. Pemohon suami dan isteri.

b. Anak angkat yang ingin didaftarkan.

c. Bapa atau ibu kandung anak angkat, jika masih ada dan dapat dihubungi.

ii. Dokumen yang diperlukan

BIL DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JUMLAH SALINAN
1 KAD PENGENALAN PEMOHON (DIKEMASKINI JIKA TAMAT TEMPOH) 2
2 SIJIL NIKAH PEMOHON 2
3 SIJIL CERAI PEMOHON [JIKA BERKENAAN] 2
4 SURAT PENGAKUAN PEMOHONAN/ STATUTORY DECLARATION
[DARI MAHKAMAH SIVIL]
2
5 SURAT PENGAKUAN KELUARGA KANDUNG/ STATUTORY DECLARATION
[DARI MAHKAMAH SIVIL]
2
6 SURAT IZIN BAGI SATU PENGAMBILAN ANAK ANGKAT
[DARI MAHKAMAH SYARIAH]
2
7 SIJIL ANAK ANGKAT 2
8 SIJIL KELAHIRAN ANAK ANGKAT 2
9 PASSPORT/ DOKUMEN PERJALAN ANAK ANGKAT/ JAMINAN TINGGAL DI NBD/ ENTRY PERMIT 2
10 SLIP GAJI PEMOHON YANG TERKINI [SUAMI ISTERI] 2
11 BUKU AKAUN BANK DAN PENYATA AKAUN PEMOHON [SUAMI ISTERI] YANG TERKINI 2
12 BUKU AKAUN BANK SIMPANAN ANAK ANGKAT DAN PENYATA AKAUN YANG TERKINI [ATAS NAMA ANAK ANGKAT] 2
13 INSURAN/ TAKAFUL PERUBATAN BAGI ANAK ANGKAT 2
14 LAPORAN PENCAPAIAN SEKOLAH/ AKADEMIK TERMASUK KEHADIRAN SEKOLAH ANAK ANGKAT 2
15 GAMBAR UKURAN PASSPORT ANAK ANGKAT 2 KEPING
16 KAD PENGENALAN IBUBAPA KANDUNG [JIKA KANDUNG] 2
17 SIJIL NIKAH IBUBAPA [JIKA ADA] 2
18 SIJIL CERAI IBUBAPA [JIKA ADA] 2
19 SURAT PENJAMIN
[BAGI PEMOHON YANG BERUMUR 50 TAHUN KE ATAS BERSERTA SALINAN KAD PINTAR DAN SLIP GAJI TERKINI]
2
20

DOKUMEN-DOKUMEN YANG INGIN DISERTAKAN UNTUK RUJUKAN [JIKA ADA]

  • BORANG 16/17 – LESEN PERNIAGAAN PERSENDIRIAN BERSERTA PENYATA PERNIAGAAN BULANAN
  • SIJIL KEMATIAN – JIKA KELUARGA ANGKAT/ KELUARGA KANDUNG MENINGGAL DUNIA 
  • SIJIL PERAKUAN MEMELUK UGAMA ISLAM
2

5. Perkara penting yang akan diberikan tumpuan utama bagi penyediaan laporan sosial ialah kebajikan dan            kesejahteraan anak angkat tersebut terutama dari aspek penilaian terhadap keupayaan keluarga, seperti            keperluan takaful bagi perlindungan perbelanjaan perubatan; akaun simpanan; aspek kewangan; keadaan          tempat tinggal; dan persekolahan.