Permohonan Alat Bantu Khas
Ini merupakan salah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan khusus untuk individu Orang Kelainan Upaya (OKU) di kalangan awam yang kurang berkemampuan untuk memperolehi alat bantu, dan memenuhi syarat-syarat menerima bantuan seperti pemohon berwarganegara Brunei dan mendapat laporan sokongan perubatan.
Antara jenis alat bantu khas yang boleh dipohon termasuk:
-
- Kerusi Roda
- Tongkat Putih
- Kaki Palsu
- Alat Tulis Braille
- Tangan Palsu
- Kasut Khas
- Jam Khas
- Alat Bantu Pendengaran
- Walking Frame
- Pengubahsuaian Rumah (ramp dan railing)
Permohonan adalah tertakluk kepada keperluan pemohon OKU, pendekatan JAPEM dan laporan sokongan pihak perubatan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Mendapatkan pengesahan daripada doktor perubatan.
2. Orang Kelainan Upaya.
3. Permohonan hendaklah memegang Kad Pengenalan berwarna Kuning atau Ungu.
CARA UNTUK MENDAPATKAN ALAT BANTU KHAS
Menghadapkan surat permohonan kepada Pengarah Pembangunan Masyarakat melalui;
- Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung atau Ketua Rumah Panjang.
- Pejabat Daerah masing-masing (jika tidak mempunyai Ketua Kampung).
- Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat di Daerah Brunei dan Muara atau cawangan-cawangan JAPEM di seluruh daerah.
- Bahagian Jurupulih Cara Kerja, Kementerian Kesihatan.
- Agensi-agensi yang diiktirafkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Pemohon sendiri.
