Bahagian Orang Kelainan Upaya
Bahagian Orang Kelainan Upaya adalah salah satu institusi Kerajaan yang turut bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negara Brunei Darussalam seperti Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (CDC) serta Unit Kerja Sosial Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendidikan Khas (JPKhas) di bawah Kementerian Pendidikan dan Unit Pendidikan Khas Ugama (UPKU) di bawah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Bahagian ini terdapat 2 unit utama yang memberikan tumpuan kepada kesejahteraan, kebajikan dan pembangunan OKU iaitu:
1. Pusat Bahagia
2. Unit Pemulihan Dalam Komuniti
Visi
Melahirkan Orang Kelainan Upaya yang berdikari, bertanggungjawab dan dapat menyumbang kepada masyarakat.
Misi
Memberikan bimbingan dan latihan secara efektif dan berkesan.
Objektif
1. Membantu membangun pemerkasaan dan sikap mempercayai diri sendiri.
2. Memberi peluang kepada Orang Kelainan Upaya untuk menerima latihan lanjut kerana kebanyakan OKU sering terjejas setelah selesai pendidikan di bawah Akta Pendidikan Wajib 2023.
3. Memberikan latihan asas kemahiran bagi Orang-Orang Kelainan Upaya agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat dan Negara.
Pusat Bahagia
Menyediakan program bimbingan, latihan asas kemahiran dan persediaan pekerjaan serta keusahawanan bagi OKU yang disahkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2021 iaitu:
“orang kurang upaya” termasuk seseorang yang mempunyai kecacatan jangka panjang tingkah laku, komunikasi, perkembangan, fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat sepenuhnya dan keberkesanan penyertaannya dalam masyarakat.
Program di Pusat Bahagia
Pusat Bahagia terdapat di empat daerah, serta beberapa program bagi OKU iaitu:
1. Kelas Bimbingan Asas Orang Kelainan Upaya (KBAOKU).
a. Kelas Kemahiran Asas Diri.
b. Kelas Komunikasi.
2. Pusat Latihan Pekerjaan Orang Kelainan Upaya (PLPOKU).
a. Latihan Kulinari (Masakan dan Biskut).
b. Latihan Kreatif (Jahitan, Lukisan dan Kraftangan).
c. Latihan Pertanian (bagi Pusat Bahagian Tutong).
d. Kelas Braille (khusus bagi OKU Penglihatan).
3. Latihan Ugama.
4. Program 3’C’ (Cerdas, Cerdik dan Ceria).
Unit Pemulihan Dalam Komuniti
Unit Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan unit yang bertanggungjawab dalam menangani hal ehwal kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Perkhidmatan di Unit PDK
1. Program Latihan Industri (bagi pelatih-pelatih Pusat Bahagia).
2. Program Biasiswa Kerajaan Bagi Mengikuti Kursus Tahfiz di Institut Tahfiz Al-Quran (bagi pelatih-pelatih Pusat Bahagia ketegori OKU Penglihatan.
3. Permohonan Alat Bantu Khas (bagi orang awam)
4. Membantu mencarikan peluang pekerjaan bagi golongan Orang Kelainan Upaya yang berdaftar di Unit Pemulihan Dalam Komuniti.
5. Pendaftaran Kebangsaan Orang Kelainan Upaya.
6. Lawatan Klien Pemulihan Dalam Komuniti.
