Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak
Visi
Membangun dan Mengukuhkan Masyarakat dan Individu Bersifat Penyayang, Bertangungjawab, Pemedulian dan Berdaya Tahan.
Misi
Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga, Individu dan Masyarakat.
Fungsi Keseluruhan
1. Mengetuai Urus Setia dan Jawatankuasa yang berkaitan dengan Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak seperti:
a. Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Kerja Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak:
i. Pelan Tindakan Institusi Keluarga;
ii. Pelan Tindakan Pembangunan Wanita; dan
iii. Pelan TindakanKesejahteraan Kanak-Kanak.
b. Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan.
c. Penyediaan Laporan Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Aginst Women (CEDAW).
d. Penyediaan Laporan Convention on the Rights of the Child (CRC).
e. Komiti Perlindungan Kanak-Kanak (KPK).
f. Kumpulan Bertindak Ke atas Perlindungan Kanak-Kanak (ATOCP).
g. Jawatankuasa Penilaian Perlesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak.
h. Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan; Sambutan Hari Wanita Antarabangsa; dan Sambutan Hari Kanak- Kanak Sedunia.
i. ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC).
2. Mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan masalah keluarga, keganasan rumahtangga seperti penganiayaan dan penderaan terhadap wanita, isteri serta kanak-kanak termasuk kes ‘abandoned baby’ (anak laqid).
3. Mengendalikan proses penyiasatan (laporan sosial) terhadap permohonan anak angkat (pendaftaran/ permohonan baharu, permohonan taraf penduduk tetap dan taraf warganegara bagi anak angkat).
4. Mengendalikan pendaftaran anak-anak yatim peringkat kebangsaan.
5. Mengendalikan pendaftaran dan pelesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak.
6. Menyelaras kajian, penyelidikan dan penganalisaan kes-kes yang berkaitan dengan Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak.
7. Menyelaras dan menganjurkan seminar, kursus, simposium dan kempen-kempen yang berkaitan dengan Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak.
8. Menyelaras penerbitan buku-buku, risalah, jurnal dan sebagainya yang berkaitan dengan Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak.
Strategi
1. Menggalakkan dan mewujudkan individu yang bertanggungjawab.
2. Mencegah berlakunya masalah sosial yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan masyarakat.
3. Memperkingkatkan sistem kekeluargaan sebagai teras kesejahteraan individu dan keluarga.
4. Melindungi golongan sasar yang berkeperluan dan bermasalah melalui perlaksanaan dan penguatkuasaan akta-akta sosial.
5. Memberi panduan, sokongan, bimbingan dan galakkan kepada individu, komuniti, badan-badan kebajikan sukarela (NGO) dan agensi-agensi yang berkaitan dalam usaha membantu golongan yang terdedah.
Peranan dan Tanggungjawab
Unit Keluarga
1. Unit Keluarga berperanan sebagai unit sokongan sosial yang membantu menangani pelbagai isu berkaitan kesejahteraan institusi kekeluargaan. Skop tanggungjawab unit ini merangkumi;
i. Membantu menangani konflik dan perselisihan faham dalam keluarga, termasuk masalah antara suami dan isteri.
ii. Membantu menangani kes individu yang mengalami masalah tempat tinggal atau merempat.
iii. Membantu menangani aduan berkaitan individu dewasa yang meminta-minta atau berkeliaran tanpa tujuan.
iv. Menyelaraskan tindakan susulan terhadap pelbagai aduan berkaitan masalah kekeluargaan.
v. Menjalankan siasatan sosial bagi permohonan anak angkat (pendaftaran/ permohonan baharu, permohonan taraf penduduk tetap dan taraf warganegara bagi anak angkat).
2. Tindakan JAPEM dalam menangani kes-kes keluarga yang dirujuk ke Jabatan ini:
i. Membuat pendekatan dan laporan sosial.
ii. Memanggil pihak yang terlibat untuk membincangkan isu berbangkit.
iii. Memberikan bimbingan dan khidmat nasihat.
iv. Mengadakan perjumpaan keluarga (menjadi orang tengah), jika perlu.
v. Menyelaras kes-kes yang diterima bersama agensi yang berkenaan, jika perlu.
Unit Wanita
1. Unit Wanita berperanan sebagai unit sokongan dan perlindungan bagi wanita dalam masyarakat. Skop tanggungjawab unit ini merangkumi usaha memastikan hak-hak wanita dipelihara, antaranya:
i. Membantu menangani konfik dan perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga, termasuk masalah antara suami dan isteri.
ii. Mengendalikan kes wanita seperti gangguan seksual, kegiatan tidak bermoral, aduan awam, dan kes rujukan jabatan kerajaan/ NGO.
iii. Memberikan khidmat sokongan dan bantuan kepada wanita untuk memohon perlindungan di bawah Akta Perlindungan bagi Perempuan-Perempuan dan Gadis-Gadis (Penggal 120), Perintah Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) dan Perintah Akta Perempuan Bersuami (Pindaan). Antara langkah-langkah bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
a. Membantu klien dalam mengisi borang Afidavit Permohonan Perlindungan;
b. Meneliti perisian borang yang telah diisi sebelum diproses ke Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Sivil;
c. Membawa klien ke Mahkamah Rendah Syariah untuk berjumpa dengan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Sivil; dan
d. Bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Siasatan Jenayah (Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak) dan Bahagian Perubatan Kebajikan Hospital untuk mendapatkan Laporan Perubatan dan Salinan Aduan sebagai bahan bukti di mahkamah.
iv. Menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal wanita seperti CEDAW termasuk perkara- perkara berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB), Commonwealth, ASEAN dan lain- lain.
Unit Kanak-Kanak
1. Unit Kanak-Kanak berperanan sebagai unit sokongan sosial yang membantu menangani pelbagai isu berkaitan kesejahteraan kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun. Skop tanggungjawab unit ini merangkumi:
i. Menerima aduan, laporan dan rujukan daripada orang awam, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan mengenai kes-kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, termasuk penderaan fizikal, seksual dan emosi, pengabaian, eksploitasi kanak-kanak, isu penjagaan, masalah sosial serta kes kanak-kanak sukar di kawal.
ii. Mengendalikan permohonan anak laqid.
iii. Mengendalikan proses pendaftaran anak-anak yatim kebangsaan.
iv. Mengendalikan proses pendaftaran dan perlesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak.
v. Menjalankan aktiviti/ program yang berkaitan dengan promosi kesejahteraan, perlindungan dan hak kanak-kanak.
2. Tindakan JAPEM dalam menangani kes-kes kanak-kanak yang dirujuk ke Jabatan ini:
i. Menjalankan penilian sosial terhadap kanak-kanak serta persekitaran bagi menilai tahap keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.
ii. Mengadakan perjumpaan dengan pihak terlibat untuk membincangkan isu yang berbangkit.
iii. Membantu mengenal pasti ahli keluarga atau penjaga yang sesuai dan selamat untuk menjaga kanak- kanak yang memerlukan perlindungan, atau bagi kemasukan ke dalam rumah perlindungan/ pemulihan.
iv. Menyelaraskan tindakan susulan bersama agensi berkaitan untuk memastikan kebajikan kanak-kanak terjamin.
v. Memberikan bimbingan dan sokongan kepada keluarga dalam usaha memulihkan keadaan dan memastikan kanak-kanak berada dalam persekitaran yang selamat dan sihat.
