gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Permohonan Untuk Pendaftaran Kebangsaan Orang Kurang Upaya

1. Permohonan bagi Pendaftaran Kebangsaan Orang Kelainan Upaya (Borang A) adalah secara sukarela.

2. Borang A boleh diisikan oleh sesiapa saja yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam, tidak kira                    kewarganegaraan pemohon.

3. Permohonan Elaun Orang Kurang Upaya (OKU)  juga melalui Borang A, dengan mengikuti syarat-syarat                seperti permohon adalah seorang OKU yang berwarganegara Brunei atau Penduduk Tetap (Stateless) yang          tidak mempunyai kewarganegaraan lain.

4. Borang permohonan boleh didapati dan dikembalikan semula (setelah lengkap) di Bahagian Warga Emas            dan Pencen-Pencen di Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (bagi Daerah Brunei        dan Muara) atau cawangan-cawangan JAPEM, tertakluk ke alamat kediaman pemohon.

5. Bagi Borang A yang telah di hantar pemohon, pihak JAPEM akan seterusnya memperolehi pengesahan                  daripada pihak yang berkenaan, dan permohonan individu yang lengkap dengan pengesahan akan                        didaftarkan dalam Pendaftaran Kebangsaan Orang Kelainan Upaya.