Persatuan-Persatuan Institusi Orang Kelainan Upaya (OKU)
Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU)
Sebuah badan induk dan satu-satunya suara rasmi bukan kerajaan mewakili Persatuan-persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam anatara lain memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat perihal hak, keperluan dan kehendak OKU.
Malahan, ia juga untuk menyusun program-program bersepadu meliputi latihan dan pembelajaran, bimbingan dan tunjur ajar, penyelidikan dan kajian, penerbitan, bakat, hasil kerja serta karya untuk kepentingan dan juga peningkatan untung nasib OKU.
Persatuan di bawah MKOKU:
-
- Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
- Persatuan Orang Berkerusi Roda dan Orang Cacat Anggota (PAPDA).
- Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA).
- Persatuan bagi Autisme Dalam Latihan, Pendidikan Dan Sumber (SMARTER).
- Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP).
- Persatuan Special Olympics Brunei Darussalam (SOBD).
- Persatuan Orang Cacat Penglihatan Brunei Darussalam (BDNAB).
- Learning Ladders Society (LLS).
Selain persatuan-persatuan tersebut terdapat beberapa buah persatuan badan bukan kerajaan (NGO’s) yang juga memeduli kesejahteraan, hak, kebajikan dan pembelajaraan OKU:
-
- La Vida.
- Persatuan Bahasa Isyarat – Jurualih Bahasa Kitani (BI-JAK).
- UnikLearn, An-Nur Harapan.
- Projek IMPIAN.
