Permohonan Anak Laqid
1. Permohonan bagi mengasuh anak laqid boleh dihadapkan terus secara bersurat kepada Pengarah Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Surat permohonan hendaklah menyatakan hasrat dan tujuan permohonan.
2. Kriteria pemohonan adalah seperti berikut:
i. Kedua-dua pemohon merupakan warganegara Brunei Darussalam.
ii. Beragama islam
iii. Kedua-dua pasangan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak yang dipohonkan dan tidak melebihi 45 tahun.
iv. Tempoh perkahwinan telah mencapai sekurang-kurangnya 5 tahun.
v. Tidak mempunyai anak atau anak angkat.
3. Selepas penerimaan permohonan, siasatan (laporan sosial) akan dilakukan bagi penilaian awal Jabatan ini. Pekerja Pembangunan Masyarakat akan membuat perjanjian bagi menemubual pemohon, dan seterusnya akan mengadakan lawatan ke rumah;
i. Kehadiran semasa temubual
Pemohon berikut dikehendaki hadir semasa sesi temubual:
a. Pemohon suami dan isteri
ii. Dokumen yang diperlukan semasa temubual
a. Kad pengenalan suami dan isteri.
b. Sijil Nikah.
c. Laporan Doktor, jika ada
d. Salinan Pendapatan seperti slip gaji (terkini) bagi suami dan isteri.
e. Dokumen lain yang berkaitan.
4. Permohonan yang lengkap akan diteliti dan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak Ke Atas Perlindungan Kanak-Kanak. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada beberapa agensi kerajaan yang berkenaan di negara ini.
5. Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan dan pemohon dipanggil ke Jabatan Pembangunan Masyarakat. Bagi permohonan yang tidak berjaya, makluman akan diberikan secara bersurat.
