gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Bahagian Kompleks Perkhidmatan Pemulihan, Perlindungan dan Probesyen

Visi

Ke Arah Insan Berdaya Tahan

Misi

Membantu klien melalui bimbingan, pemulihan dan perlindungan dengan pendekatan client-centered agar individu berguna kepada ugama, bangsa dan negara.

Tentang Kami

1. Penjagaan dan perlindungan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.

2. Program yang berstruktur, intervensi dan sokongan yang disesuaikan mengikut keperluan individu.

3. Pembangunan kapasiti diri melalui pendidikan, latihan kemahiran dan pekerjaan.

4. Memastikan kebajikan, kesejahteraan dan impak positif jangka panjang klien melalui jalinan kerjasama                antara agensi.

5. Membantu klien untuk membina kehidupan yang lebih baik dan berdaya tahan melalui program reintegrasi        dan aftercare.

Kompleks Rumah Kebajikan (KRK)

KRK merupakan institusi kerjaan yang digazetkan sebagai:

1. Tempat pemulihan bagi kanak-kanak dan remaja (Aprroved Home, Approved School, Place of Detention dan      Remand Home).

2. Tempat perlindungan bagi kanak-kanak dan perempuan (Place of Safety).

3. Tempat Perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang dewasa lelaki dan perempuan.

Sejarah Penubuhan KRK

⇒     1982     –     Penubuhan KRK di Kampung Pulaie.

⇒     2010     –     Pemindahan ke kompleks dan fasiliti baharu di Kampung Belimbing Subok.

⇒     2022     –     Rumah Perlindungan baharu siap dibina.

⇒     2023     –     Menaiktaraf 2 buah rumah di KRK bagi menempatkan mangsa dewasa pemerdagangan orang.

Tempat Pemulihan Kanak-Kanak dan Remaja

KRK menempatkan kanak-kanak dan remaja berisiko di bawah umur 18 tahun yang terlibat dalam isu sosial, sama ada sukar dikawal (Beyond Parental Control) atau terlibat dalam jenayah (Juvenile Arrest Case).

Kes-Kes Pemulihan :  Pelbagai Risiko dan Keperluan

Kes-kes melibatkan kanak-kanak dan remaja yang dirujuk ke KRK mempunyai pelbagai risiko dan keperluan termasuk:

1. Kurang bimbingan dan pengawasan daripada ibu bapa dan keluarga.

2. Institusi keluarga yang kurang berfungsi dengan baik.

3. Keluarga terlibat dengan kesalahan jenayah.

4. Faktor ekonomi keluarga yang kurang stabil.

5. Tingkah laku anti-sosial seperti keganasan, pengabaian peraturan atau tidak menghormati hak orang            lain dan cenderung melanggar undang-undang.

6. Tahap pendidikan yang lemah.

Tempat Perlindungan Kanak-Kanak, Remaja dan Perempuan

KRK menempatkan kanak-kanak, remaja dan perempuan berisiko yang memerlukan perlindungan  (Place of Safety).

Kes-Kes Pemulihan :  Pelbagai Risiko dan Keperluan

Kes-kes melibatkan kanak-kanak, remaja dan wanita yang dirujuk ke KRK mempunyai pelbagai risiko dan keperluan termasuk:

1. Tempat tinggal yang tidak selamat yang boleh menjejaskan keselamatan fizikal, emosi atau psikologi.

2. Penderaan secara fizikal atau seksual.

3. Keganasan rumahtangga.

4. Pengabaian keperluan asas termasuk permakanan, pengawasan, rawatan perubatan atau pendidikan.

5. Ibu bapa atau penjaga yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

Perkhidmatan Probesyen dan Khidmat Masyarakat

Probesyen merupakan perintah mahkamah yang dijatuhkan kepada pesalah muda dan dewasa sebagai alternatif kepada hukuman pemenjaraan mengikut kes dan kesesuaian pesalah.

Pre-Sentence Report (PSR) atau laporan sosial lazimnya akan disediakan oleh pegawai probesyen dengan mengadakan temuduga terhadap pesalah, pendekatan-pendekatan terhadap orang-orang terdekat, agensi berkaitan dan lawatan ke rumah (home visit).

Fungsi Utama:

1. Menyediakan laporan sosial pesalah bagi mengenalpasti kesesuaian pesalah menjalani perintah                      probesyen.

2. Merangka pelan pengawasan probesyen mengikut keperluan individu.

3. Memantau pesalah yang menjalani probesyen dan mengurangkan risiko kesalahan yang berulang.

4. Mengendalikan program khidmat masyarakat melalui kerjasama agensi-agensi yang bersesuaian.

Tempat Perlindungan Mangsa Permerdagangan Orang

KRK menyediakan tempat perlindungan dan sokongan kepada individu berisiko menjadi mangsa eksploitasi melalui aktiviti pekerjaan, seksual dan unsur-unsur ekploitasi yang lain.

Menyediakan akses kepada keperluan dan sokongan sperti:

1. Kesihatan mental, fizikal dan emosi.

2. Kemahiran dan pekerjaan.

3.Hubungan dengan pihak-pihak tertentu termasuk pihak polis, mahkamah dan pihak kedutaan.