gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Permohonan Pendaftaran Anak Yatim

1. Kriteria Anak Yatim adalah seperti berikut:

i. Berumur di bawah 18 tahun.

ii. Warganegara Brunei yang kematian bapa (Yatim) atau kematian ibu bapa (Yatim Piatu).

iii. Kematian bapa (bertaraf warganegara asing) tetapi ibunya adalah warganegara Brunei atau Penduduk         Tetap dan tinggal menetap di negara ini.

iv. Anak Tidak Sah Taraf (ATST) yang ibunya adalah warganegara Brunei atau Penduduk Tetap dan ibunya           sudah melaksanakan hukuman atau denda atas kesalahan di bawah Bab 178 (4) dari Akta Majlis Ugama       Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 semakan 1984.

2. Proses permohonan pendaftaran Anak Yatim:

i. Pemohon dikehendaki untuk melengkapkan Borang Pendaftaran bagi Anak-Anak Yatim yang berumur di     bawah 18 tahun. Borang tersebut boleh didapatkan di pejabat atau laman sesawang Jabatan                             Pembangunan Masyarakat, atau daripada Ketua Kampung masing-masing.

ii. Pemohon dikehendaki untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan mendapatkan                pengesahan daripada Ketua Kampung sebelum dihadapkan ke Jabatan Pembangunan Masyarakat.

iii. Permohonan yang lengkap akan diproses dan jika memenuhi syarat yang ditetapkan, anak-anak yatim         yang dipohonkan akan didaftarkan.

iv. Bagi permohonan yang gagal atau tidak memenuhi syarat, akan dimaklumkan kepada pemohon secara lisan.

3. Dokumen yang perlu disertakan:

i. 2 keping gambar berwarna ukuran PASSPORT bagi setiap seorang anak yatim  yang didaftarkan.

ii. Salinan sijil akuan kematian bapa (jika sekiranya YATIM PIATU sertakan kedua-dua salinan sijil kematian      ibu dan bapa).

iii.  Salinan Surat Beranak/ Kad Pengenalan anak-anak yatim yang didaftarkan.

iv. Salinan Sijil Nikah ibu bapa kandung.

v. Salinan Sijil Pendaftaran Anak Angkat (Jika anak yatim adalah anak angkat kepada penjaga).