gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

          Permohonan Pendaftaran dan Perlesenan                Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

1. Peranan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

i. Sebagai alternatif kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak damit mereka semasa waktu kerja.

ii. Menjaga kanak-kanak berdasarkan falsafahpenjagaan yang tertentu termasuk penjagaan pemakanan,          kesihatan dan keselamatan.

2. Peranan Jabatan Pembangunan Masyarakat

i. Mengeluarkan lesen kepada pusat penjagaan kanak-kanak yang telah memenuhi syarat dan garispandu       yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilaian Pelesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

ii. Menguatkuasakan Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Penggal 218).

3. Kadar Yuran Lesen

i. Bagi lesen pertama: BND$200.00

ii. Bagi lesen kedua dan seterusnya: BND$150.00

4. Tempoh lesen yang diberikan adalah 2 tahun tertakluk kepada syarat-syarat yang diberikan.

5. Proses permohonan menubuhkan/ membaharui lesen pusat penjagaan kanak-kanak:

i. Pemohon dikehendaki untuk melengkapkan surat menubuhkan/ membaharui lesen pusat penjagaan           kanak-kanak (S01) yang boleh didapati di Jabatan Pembangunan Masyarakat.

ii. Surat kebenaran akan dikeluarkan bagi menubuhkan/ membaharui lesen pusat penjagaan kanak-kanak      (s02) dan pemohon dikehendaki untuk membeli borang-borang yang berkenaan.

iii. Pemohon diberikan masa selama 2 bulan untuk mengembalikan borang dengan lengkap bermula tarikh       pembelian borang.

iv. Bagi pembaharuan lesen adalah disarankan untuk memulakan permohonan 4 bulan sebelum tarikh               mansuh lesen bagi mengelakkan sebarang ketangguhan dan penutupan pusat.

v. Penilian akan dibuat terhadap premis yang akan digunakan oleh agensi-agensi berkenaan sebelum                diberikan lesen.

vi. Pemohonan yang telah dihadapkan dengan lengkap akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perlesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak untuk pertimbangan dan penilaian.

vii. Permohonan yang disokong akan diberikan lesen kebenaran beroperasi mengikut syarat-syarat yang            ditetapkan (jika berkenaan), manakala yang gagal akan diberikan maklumbalas secara bersurat.

6. Peringatan:

i. Mana-mana pusat penjagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen yang sah boleh didapati                      bersalah di bawah Bab 3, Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, Penggal 218, yang mana jika sabit                      kesalahan di mahkamah, boleh dikenakan denda $5,000, dipenjarakan selama 2 tahun atau kedua-                duanya sekali.

ii. Kegagalan mempamerkan lesen yang sah di tempat yang dapat dilihat oleh orang ramai juga adalah satu      kesalahan dibawah Bab 8 Akta yang tersebut di atas yang membawa hukuman denda tidak melebihi              $1,000 dan denda seterusnya tidak melebihi $100 pada setiap hari jika kesalahan terus dilakukan setelah      sabit kesalahan.

7. Senarai Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang Mempunyai Lesen daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat,      Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (setakat Julai 2025).

Lampiran C