Permohonan Pendaftaran dan Perlesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
1. Peranan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
i. Sebagai alternatif kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak damit mereka semasa waktu kerja.
ii. Menjaga kanak-kanak berdasarkan falsafahpenjagaan yang tertentu termasuk penjagaan pemakanan, kesihatan dan keselamatan.
2. Peranan Jabatan Pembangunan Masyarakat
i. Mengeluarkan lesen kepada pusat penjagaan kanak-kanak yang telah memenuhi syarat dan garispandu yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilaian Pelesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
ii. Menguatkuasakan Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Penggal 218).
3. Kadar Yuran Lesen
i. Bagi lesen pertama: BND$200.00
ii. Bagi lesen kedua dan seterusnya: BND$150.00
4. Tempoh lesen yang diberikan adalah 2 tahun tertakluk kepada syarat-syarat yang diberikan.
5. Proses permohonan menubuhkan/ membaharui lesen pusat penjagaan kanak-kanak:
i. Pemohon dikehendaki untuk melengkapkan surat menubuhkan/ membaharui lesen pusat penjagaan kanak-kanak (S01) yang boleh didapati di Jabatan Pembangunan Masyarakat.
ii. Surat kebenaran akan dikeluarkan bagi menubuhkan/ membaharui lesen pusat penjagaan kanak-kanak (s02) dan pemohon dikehendaki untuk membeli borang-borang yang berkenaan.
iii. Pemohon diberikan masa selama 2 bulan untuk mengembalikan borang dengan lengkap bermula tarikh pembelian borang.
iv. Bagi pembaharuan lesen adalah disarankan untuk memulakan permohonan 4 bulan sebelum tarikh mansuh lesen bagi mengelakkan sebarang ketangguhan dan penutupan pusat.
v. Penilian akan dibuat terhadap premis yang akan digunakan oleh agensi-agensi berkenaan sebelum diberikan lesen.
vi. Pemohonan yang telah dihadapkan dengan lengkap akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perlesenan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak untuk pertimbangan dan penilaian.
vii. Permohonan yang disokong akan diberikan lesen kebenaran beroperasi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan (jika berkenaan), manakala yang gagal akan diberikan maklumbalas secara bersurat.
6. Peringatan:
i. Mana-mana pusat penjagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen yang sah boleh didapati bersalah di bawah Bab 3, Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, Penggal 218, yang mana jika sabit kesalahan di mahkamah, boleh dikenakan denda $5,000, dipenjarakan selama 2 tahun atau kedua- duanya sekali.
ii. Kegagalan mempamerkan lesen yang sah di tempat yang dapat dilihat oleh orang ramai juga adalah satu kesalahan dibawah Bab 8 Akta yang tersebut di atas yang membawa hukuman denda tidak melebihi $1,000 dan denda seterusnya tidak melebihi $100 pada setiap hari jika kesalahan terus dilakukan setelah sabit kesalahan.
7. Senarai Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang Mempunyai Lesen daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (setakat Julai 2025).
Lampiran C
