Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya

Pengenalan

Salah satu institusi yang menangani Orang Kelainan Upaya (OKU) di NBD, selain daripada Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (CDC), Kementerian Kesihatan dan Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan.

Terdapat 2 unit di bahagian ini iaitu:

  1. Pusat Bahagia
  2. Unit Pemulihan Dalam Komuniti

Visi

Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya Dalam Kemajuan Negara Yang Inklusif

Misi

Menaikkan Kualiti Kehidupan, Memberikan Kesaksamaan Hak Dan Memperkasa Orang Kelainan Upaya Dan Ahli Keluarga Mereka Secara Inklusif.


Pusat Bahagia

Menyediakan program bimbingan dan asas latihan kemahiran bagi 5 kategori OKU (OKU Interlek, Penglihatan, Pendengaran, Anggota dan berganda)

Visi

Melahirkan Orang Kelainan Upaya yang berdikari, bertanggungjawab dan dapat menyumbang kepada masyarakat.

Misi

Memberikan bimbingan dan latihan secara efektif dan berkesan.

Objektif

  • Membantu mencapai kebebasan dan sikap mempercayai diri sendiri.
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak Kelainan Upaya untuk menerima pelajaran biasa kerana kebanyakan antara kanak-kanak Kelainan Upaya ini sering terjejas oleh keupayaan dari menerima pelajaran seperti kanak-kanak biasa.
  • Memberikan latihan asas kemahiran bagi Orang-Orang Kelainan Upaya agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

Program Di Pusat Bahagia

  • Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat (KBKKC).
  • Pusat Latihan Pekerjaan Orang-Orang Cacat (PLPOOC).
  • Program 3'C' (Cerdas, Cerdik dan Ceria)

Unit Pemulihan Dalam Komuniti

Unit Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan unit yang bertanggungjawab dalam menangani hal ehwal kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Visi

Melahirkan Orang Kelainan Upaya yang berdikari, bertanggungjawab dan dapat menyumbang kepada masyarakat.

Misi

Memberikan bimbingan dan latihan secara efektif dan berkesan.

Objektif

  • Membantu mencapai kebebasan dan sikap mempercayai diri sendiri.
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak Kelainan Upaya untuk menerima pelajaran biasa kerana kebanyakan antara kanak-kanak Kelainan Upaya ini sering terjejas oleh keupayaan dari menerima pelajaran seperti kanak-kanak biasa.
  • Memberikan latihan asas kemahiran bagi Orang-Orang Kelainan Upaya agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

Perkhidmatan di Unit PDK

  • Program Latihan Industri
  • Permohonan Alat Bantu Khas
  • Membantu mencarikan peluang pekerjaan bagi golongan Orang Kelainan Upaya yang berdaftar di Unit Pemulihan Dalam Komuniti
  • Pendaftaran Kebangsaan Orang Kelainan Upaya
  • Lawatan Klien Pemulihan Dalam Komuniti