Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen

​​Visi

Kearah individu yang bertanggungjawab, berdikari, penyayang dan produktif.

Misi

Meningkatkan keupayaan individu dalam mengatasi cabaran sosio-ekonomi masa kini dan mendatang.

Objektif

  • Memberikan perhatian, pemedulian dan menghargai akan kewujudan Warga Emas dan golongan tertentu di negara ini.
  • Memastikan Warga Emas dan golongan tertentu sentiasa mendapat pemedulian yang secukupnya.

Tugas dan Tanggungjawab

  • Mengendalikan perkara yang berkaitan dengan pencen dan elaun mengikut Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya (Penggal 18), iaitu, permohonan Pencen Umur Tua dan Pencen dan Elaun-Elaun, seperti membuat pendekatan, sokongan, pembayaran dan siasatan ulangan;
  • Mengetuai Urus Setia kepada Jawatankuasa Pelan Tindakan Isu Warga Emas;
  • Mengendalikan pembayaran wang Pencen Umur Tua dan Pencen dan Elaun-Elaun;
  • Bertanggungjawab dalam urus tadbir Tabung Pusat Kegiatan Warga Emas;
  • Mengkaji, menyelidik dan menganalisa kes-kes yang berkaitan dengan Warga Emas, orang yang berkecelaruan mental dan orang kelainan upaya.
  • Menyelaras dan menganjurkan latihan, kursus, simposium dan kempen-kempen yang berkaitan dengan Warga Emas.;
  • Menyelaras penerbitan buku-buku, risalah, jurnal dan sebagainya yang berkaitan dengan Warga Emas.

​Matalamat Utama​

  • Tanda kesyukuran kerana mencapai usia 60 tahun ke atas tanpa mengira status.
  • Meningkatkan taraf hidup dikalangan rakyat dan penduduk tetap yang sudah berumur 60 tahun ke atas.
  • meningkatkan taraf hidup golongan orang kelainan upaya dan keluarga mereka.

Strat​egi

  • Menggalakkan pembangunan Warga Emas dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan.
  • Mempertingkatkan dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Mewujudkan sistem sokongan mesra Warga Emas. Melindungi kebajikan dan kesejahteraan Warga Emas dan penerima Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya.

Unit Pencen Dan Elaun


Skim Pembayaran Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1955, sebagaimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, pada ketika Sultan yang Ke-28 bagi Negara Brunei Darussalam, supaya skim ini dimasukkan dalam Rancangan Kemajuan Negara yang Pertama.

Skim ini adalah bertujuan:-
  • "bagi memastikan golongan orang-orang tua dan orang-orang kelainan upaya di negara ini mendapat pemeliharaan yang secukupnya daripada pihak Kerajaan" - Ucapan Hari Natal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada 24 Disember 1955.
  • "sebagai pengiktiraf dan penghargaan (recognition and appreciation) ke atas sumbangan yang telah dan pernah diberikan oleh warga tua dalam kemajuan ekonomi" ucapan Pegawai Daerah Belait semasa pembayaran pencen dilaksanakan buat pertama kalinya pada bulan April, 1955.
  • Bagi membantu Warga Emas menyara keperluan seharian mereka dan menjalani kehidupan yang bermaruah (dignify living).

Kadar Bayaran Pencen Umur Tua Sejak Tahun 1955

kpput1955.jpg

Kadar-Kadar Pencen dan Elaun Hilang Upaya

​BIL
​JENIS-JENIS PENCEN DAN ELAUN
KADAR BAYARAN​
1​Pencen Umur Tua
​$250.00
​2
​Elaun Orang Buta
​$250.00
​3
​Elaun Bercelaru Mental
​$250.00
​4
​Elaun Penyakit Kusta
​$250.00
5
​Elaun Kurang Upaya 15 tahun dan ke atas
​$250.00
6
Elaun Kurang Upaya 15 tahun ke bawah
​$150.00
​7
​Elaun Penyedia Penjagaan
​$250.00


Kategori-Kategori Pencen dan Elaun Mengikut Akta Pencen Umur Tua dan Tidak Upaya (Penggal 18)


1. Pencen Umur Tua 60 Tahun (Pemohon Sahaja)

a) ​Diberkan kepada

  • Warganegara Brunei Darussalam;
  • Penduduk Tetap lahir di Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai warganegara lain (Stateless); atau
  • Penduduk Tetap lahir di Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai warganegara lain (Stateless) ​dan bermastautin di Negara Brunei Darussalam tidak Kurang 20 tahun dari mula pemohon layak.
b) Prosedur Memohon
  • ​Hadir ke kaunter Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.
  • Memuatnaik borang Pencen Umur Tua, mendapatkan pengesahan Penghulu/Ketua Kampong, dan emel ke bahagian.pencen@japem.gov.bn
c) Dokumen diperlukan
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Perjalanan (Passport)
  • Permit masuk
  • Sijil Kerakyatan
  • Lain-lain dokumen yang sah (jika perlu).

2. Elaun Orang Buta, Elaun Bercelaru Mental, Elaun Pesakit Kusta, Elaun Kurang Upaya

a) Be​rumur 15 tahun dan ke atas;

b) Disahkan oleh Pakar Perubatan dan Pegawai Kesihatan mengikut garis panduan;

c) Dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Pendaftaran Kebangsaan OKU dan Elaun Kurang Upaya.

​d) Tatacara Memohon

  • ​Mendapatkan Borang A (Permohonan Pendaftaran Kebangsaan OKU dan Elaun Kurang Upaya) daripada kaunter Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.
  • Mendapatkan pengesahan Penghulu atau Ketua Kampong.
Kembalikan Borang tersebut ke Pusat Bahagia di Pulaie atau di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan​ Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.

e) Dokumen diperlukan
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Perjalanan (Passport)
  • Sijil Kerakyatan
  • BruHIMS
  • Laporan Kesihatan (Jika ada).

3. Elaun Penyedia Penjagaan

a) ​​Permohonan Elaun Penyediaan Penjagaan dibawah Peraturan 8A dan​ 8B dibawah Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya (Penggal 18) dan Bab 18 Akta Orang Kurang Upaya (Penggal 234), boleh dibuat dimana-mana pejabat atau cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen.

b) Dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Pendaftaran Kebangsaan OKU dan Elaun Kurang Upaya.

​c) Tatacara Memohon

  • ​Mendapatkan Borang C (Permohonan Elaun Penyedia Penjagaan) daripada kaunter Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.
  • Mendapatkan pengesahan Penghulu atau Ketua Kampong.
  • Kembalikan Borang tersebut ke kaunter Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.
d) Dokumen diperlukan
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Kad Pengenalan atau Surat Beranak penerima EKU yang dijaga.

Pembayaran melalui bank

a) Tatacara Memohon

  • ​Mendapatkan Borang Permohonan Pembayaran Melalui Bank daripada kaunter Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah; atau
  • Memuatnaik Borang Permohonan Pembayaran Melalui Bank dan emel ke bahagian.pencen@japem.gov.bn
  • Kembalikan Borang tersebut ke kaunter Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-Pencen di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau mana-mana cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat di setiap daerah.
b) Dokumen diperlukan
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan buku bank atau e-statement bank yang menyatakan nama pemohon.
  • Kad Pengenalan penjamin.


Projek Memeduli Warga Emas


Latar Belakang


Kesejahteraan dan kebajikan warga emas yang kurang bernasib baik turut menjadi perhatian projek ini adalah langkah proaktif bagi mengatasi permasalahan disebabkan oleh kesihatan yang terjejas, kecacatan ataupun yang tidak mempunyai dukungan keluarga yang mantap serta menitikberatkan penglibatan ahli keluarga, masyarakat sekeliling dan para sukarelawan.
  • Dilancarkan pada 22 Jun 2005 oleh Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • Daerah Belait pada 16 April 2007 oleh Pegawai Daerah Belait.
  • Daerah Tutong pada 14 Ogos 2008 oleh Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Penerangan Projek

  • Memberikan khidmat sukarela kepada warga emas.
  • Melibatkan ahli keluarga bagi memeduli warga emas.
  • Melibatkan sukarelawan / individu yang berminat.
  • Melibatkan pihak swasta dan Badan-badan bukan kerajaan.
  • Memberi khidmat sokongan kepada warga emas yang memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Objektif

  • Meningkatkan taraf kehidupan warga emas dari segi fizikal, emosi dan sosial, serta menyediakan bantuan dalam mengendalikan aktiviti kehidupan harian.
  • Mengekalkan nilai-nilai keluarga agar warga emas akan terus dihormati dan diberi perhatian.
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai, sektor swasta dan Badan-badan bukan kerajaan mengenai keperluan penjagaan terhadap golongan warga emas bagi mengekalkan daya kehidupan harian yang optima.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kewajipan menjaga warga emas.

Klien Sasaran

  • Berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Warga Emas yang memerlukan sokongan bantuan dalam aktiviti kehidupan harian.
  • Tinggal berseorangan

Pemberi Khidmat

  • ​Ahli Keluarga.
  • Sukarelawan / individu yang berminat.
  • Kejiranan kampung.
  • Badan-badan bukan kerajaan.

Khidmat Sokongan Yang Diberikan

  • ​Membantu warga emas dalam melakukan aktiviti harian, seperti kebersihan diri, penyediaan makanan, jadual pengambilan ubat dan sebagainya.
  • Aktiviti rekreasi dan riadah.