gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 Tahun diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Majlis ini dilaksanakan oleh kementerian dan jabatan-jabatan dibawahnya secara serentak dengan kaedah ‘live streaming’ melalui Facebook, Zoom dan Microsoft Team, yang mana dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri KKBS.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan kementerian, yang mana keramaian dikawal tidak melebihi 50 orang (tahap ketiga) untuk mematuhi garis pandu ‘perkumpulan ramai’ yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

[Sumber : KKBS]

Berita : Lee Chin Foo – KKBS

Gambar : Hajah Ajijah Ali – KKBS